Cabaran RM10 Makan Tutti Fruiti
9:05 AMHANGAT! ~ Tak perlu kacak & cantik comel nak jadi juara
HANGAT! ~ Hadiah khas buat kaki dengar ERA.FM
HANGAT! ~ Hasil bakat dari usus perut
Wot..wot.
Hari BBL nak cabar diri sendiri makan Tutti Frutti dengan duit rm10 sahaja.
Adakah BBL akan berjaya melepasi cabaran ini atau BBL kena cuci pinggan nak bayar
TF yang mahal teramat sangat tu?
Sebelum ni BBL pernah blogwalking kisah blogger yang pernah makan TF ni.
Ada yang menagis time nak bayar sebab syok sangat tuang TF dalam bekas,
sampai mahal jadinya & ada yang insaf nak boikot TF
termasuklah blogger rajin singgah makan di TF.
Memandangkan TF baru di buka area Dungun, Terengganu maka
dekatlah tempat BBL nak sahut cabaran ini.
Ok, Jom mula!
1...2..3... mula!
1.
Start enjin kereta & jangan lupa bawak duit RM 10 sahaja.
Bila masuk kedai TF, pilih cup paling kecil iaitu warna putih.
BBL tahu ramai suka warna pink. Jauhkan diri dari ambil bekas warna pink ye.
2.
Pilih flavour mana korang suka,
maximun pilih 4 perisa. Lagi bagus kurang.
Tekan slow-slow bagi keluar sedikit sahaja sebab yogurt ni sebenarnya
banyak bercampur ais. Sebab tu jadi berat.
Campur sampai jadi macam ni.
4.
Masa untuk mekap TF korang!
Pilih topping yang ringan sahaja.
BBL pilih corn flakes, marshmallow, chips coklat & badam potong.
Ambil sikit sikit setiap topping, boleh rasa semua topping.
Untuk topping berat macam buah tu seeloknya pilih yang
korang jarang makan seperti kiwi, buah naga atau strawberi.
Janganlah ambil buah mangga atau laici sebab kompen bertambah berat TF korang
seperti terjadi customer depan BBL. Tamak lagi letak topping mangga, laici, nata de coco
last-last dia kena bayar RM60.00 untuk TF tu.
Baru ketar poket nak bayar.
Jangan lupa hujankan TF korang dengan coklat dari Hershey's.
5.
Jangan hentak-hentak cup tu. Bertambah padat TF tu nanti.
Biar TF korang berisi "angin" antara topping & TF.
6.
Pergi ke kaunter & timbang cup
7.
Berdebar-debar tunggu cashier kira berat cup BBL
and
YES!
bawah RM10.00.
Jumlah berat badan cup hanya 0.11 = RM 5.83.
Dapat pulak diskuan 20% untuk grand opening store Dungun hari ni.
BBL hanya berbelanja RM4.68 berbanding kawan BBL tu sampai RM12.00.
Kesian betul.
Apa kesudahan cabaran ini?
1. BBL berjaya makan TF dengan bajet RM 10.00 ( itu pun amik dalam tabung)
2. Dapat RM5.00 balik untuk baki.
Bagi BBL, tenangkan diri nak enjoy makan TF.
Tak payah nak gopoh picit TF & berpesta topping melainkan korang memang
dah get ready duit nak makan besar TF.
Cukup sekali sekala pergi makan TF dengan duit RM10.00 sahaja.
Komen tuan blog
Tutti Fruiti sedap & berkhasiat. Mungkin la.
Rasanya TF perlu keluarkan flavour low sweet.
BBL tergoda dengan flavour grape, vanilla, Horlick & Chocolate.
Semua sangat manis, di tambah hujan topping manis.
Boleh potong kaki macam ni.
Jangan lupa bawa air kosong ye. Kalu tak, rasa "manis" je tekak bila keluar dari TF.
Itu sahaja cabaran hari ini.
Publish!
BBL ~ Minggu depan pergi lagi. Bajet RM 5.00 lak
[-.-]
HANGAT! ~ Hasil bakat dari usus perut
HANGAT! ~ Kenapa orang kacak & cantik selalu menang?
HANGAT! ~ Hadiah khas untuk kaki dengar ERA.FM
Ai tak kan baca sorang je.. kongsilah dengan kawan-kawan di...
11 Budak Suka Minum Bandung Laici
Aku tak pernah makan Kat TF. lagipun aku tak makan buah2x atau yogurt..
ReplyDeletehebatnya..haha :D
ReplyDeleteSEDAPPP2 . AKAK MAKAN KAT KOLE GANU .. KNE RM10 LEBIH2 SIKIT . OK LA KEN . HAHA ..
ReplyDeleteEH . GANU KATNE BUKAK DIK ? LALU HRI JUMAAT HRITU XNMPAK PUN
terbaik punya tips ni.yelah...picit sikit2 je flavour yang kita nak.kak lea dulu 1st time nak makan TF,masa tu branch cyberjaya baru sangat2 bukak.dahlah sesat di panas terik,berpusing2 cari lokasi tersorok.
ReplyDeletesampai2 je,excited 3 orang anak kak lea.pilih tu pilih ni.topping tu topping ni.sekali timbang...rm26.00!!!nasib baik ambil satu mangkuk je kongsi 5 orang makan!
kak lea pernah share kat entri.terkejut owner TF cyberjaya singgah,dan sudi komen dan ucap tq he3..
Tadi lia gi dungun, ade TF yang baru buka... Ingat nak singgah makan , tpi disebabkan bru je mkn kat pizza hut, tak jadi sbb masih kenyangg.. hoho
ReplyDeleteaah kan.. hari tu kita makan hentak2 bekas tu konon nak space isi lagi banyak benda..mahal wooo.. lebih rm10 hari tu kena cas..hehe nanti nak cuba la tips ni..hehe belom rm10..nak juga! :) tq ya :)
ReplyDeleteaku tak pernah pulak makan TF nih..len kali boleh ler try..nak cube tips nih..ahaks.
ReplyDeleteWah sedapnya tutty Fruity.. Kak Erin kalau makan ni.. mahu berbelas ringgit.. Huhuhu
ReplyDeleteyumida x pnh mkn tutti frutti ni..tringin la nk pg
ReplyDeletetp mmg mahai ar..hihi
nampak sedap mmg blh tahan..menggoda jiwa n raga
wah.. pandai betul bajet ye :) hehe
ReplyDeletemuja tak pernah makan tf ni,, pernah la few times gi snogurt,, best gak la,, paling mahal pun mmg tak pernah capai rm10 rasanya, hee :D
ReplyDelete