Putihnya Cafe Sukan Cakna

11:13 AM

HANGAT! ~ Terbang seperti burung ye
HANGAT! ~ Minuman wajib ada setiap hujung semester
HANGAT! ~ Syampu rambut cap Ronaldo


BBL baru je balik dari makan malam. Kali ini BBL &  Iskandar terjah port makan terbaru.
Iskandar ni kalu korang nak tahu memang suka buat 
Jalan-jalan cari makan versi diri sendiri.
Dah banyak tempat makan kami terjah, ada sedap, sakit hati, services terbaik,
siap bagi cadangan kepada tuan kedai supaya upgrade services masakan.

Untuk malam ini kami singgah ke cafe berkonsep kafe sukan.
Nama cafe ini Cafe Cakna. 
Cakna mengikut buku loghat Teganu bermaksud ambil berat atau prihatin.
First time BBL makan di kedai kafe sukan. Temanya cukup macho untuk
kaki sport seperti bola sepak & peminat setia jenama barangan sukan
Adidas, Nike & seangkatan di padang. 


Menu makanan cukup simple & lebih western tapi kadang-kadang
ada menu kampung bergantung pada permintaan pelanggan.
Memang BBL dah lama tak makan Chicken Cops. Dari raya hari tu duk mengidam.
Hari ini baru dapat, fuh alhamdulilah kenyang.
BBL pilih Chicken Cop & Iskandar pilih Lamb Cop untuk kami serang sampai licin.

KONSEP KEDAI
Rasa nya tuan kedai ni suka warna putih kot. Sampai hampir semua perabot,
kerusi, meja & dinding warna putih. Nasib baik cik akak waiter tak pakai baju putih.
Silap hari bulan BBL terasa macam kena culik alien.
Untuk pasangan kapel atau mereka yang nak rasa makan di rumah tapi berbayar,
Cafe Cakna memang tempat terbaik.
Di sudut sebelah cashier ada ruang tamu, memang terasa 
eh, BBL kat rumah ke tapi kena nak kena bayar?.
Tapi di pintu masuk kedai, korang mesti keliru, ni kedai barang sukan atau cafe?
Soal layanan jangan pertikaikan sebab awek cun datang amik order.
BBL buat-buat macam nak kenal menu tapi waiter terang macam
cikgu sekolah ajar budak darjah 2, lengkap siap cara nak masak lagi. 
Hebat betul waiter macam ni.


SENARAI MENU


Seperti BBL cerita tadi, menu di sini sesuai dengan selera pelanggan.
Untuk keluarga, jangan lupa mencuba Nasi Goreng Cakna.
Nama nasi goreng pun agak mengancam mulut nak mencuba,
bagi student yang nak enjoy waktu makan bersama kawan sekelas,
cubalah Black Paper Steaks atau Black Paper Chicken.
Di jamin kawan Facebook naik jelesy bila korang upload gambar tengah makan nanti.
Selain menu di atas, ada lagi menu lain untuk korang cuba.

HARGA
Bermula serendah RM3.00 & ke atas, BBL rasa semua orang mampu
untuk makan di cafe ini. Sekali mencuba makan di kedai baru tak salah,
kalu sedap datang lagi, kalu tak sedap, beritahu tuan kedai supaya lain kali
tolong masak sedap sikit.

SEDAP & NAK LAGI
Bila makanan dah sampai atas meja, baca dulu doa makan supaya lebih berkat & kenyang.
Iskandar memang tak sabar nak cuba, memang tabiat dia.
Pertama cuba rasa sos Lamb Cop & ternyata sos tu sesedap selera dia.
Kemudian giliran BBL cuba sos Chicken Cop, 
kejap BBL rasa coleslaw sebab nampak macam  mengancam je.
OK, sedap sebab banyak mayonis & sayur segar. Baru buat petang tadi kot.
Isi ayam Chicken Cop memang rangup dengan isi ayam sebati dengan sos chicken cop.
Iskandar kata Lamb Cop guna resepi baru ke, rasa lain dari kebiasaan.
Bukan rasa tak sedap tapi sedap. Memang dia suka menu lain dari orang lain.
BBL sempat menyampuk, lain kedai lain chef, mesti rasa berbeza.

Lamb Stick


Chicken Cop


LAIN & UNIK
Dengan konsep cafe sukan, terasa cukup esklusif dengan suasana tempat makan
ala-ala macam dalam fantasi seperti iklan Nina Ricci.
Memang best kalu dapat sambut hari jadi atau bergambar bersama kawan sekelas.
Terasa macam dalam studio. Kalu nak cuba, kena datang sendiri.


LOKASI
Bagi orang Dungun atau student UiTM & Politeknik,
singgahlah cafe Cakna di hadapan ibu sawat Telekom & 
bersebelahan dengan Pos Laju Pak Sabah
Cafe ini baru beroperasi 2 bulan lalu. Ramai lagi belum tahu kewujudan cafe ini
di kawasan Dungun.


Sementara tunggu makanan sampai, 



Publish

BBL ~ alhamdulilah
[^.^]


HANGAT! ~ Minuman wajib ada setiap kali hujung semester
HANGAT! ~ Terbang seperti burung ye
HANGAT! ~ Syampu rambut cap Ronaldo


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. chicken chop tu nampak mengancam..sedapnyee

    ReplyDelete
  2. seyes lain..kalau lalu situ confirm fikir 2 3 kali nk masuk..x mcm cafe pon..haha..

    ReplyDelete
  3. fuiyooo. cantik la design dia. macam rumah dah :D

    ReplyDelete
  4. tempat nya menarik.. cantik & bersih.. makanan nya pun menarik.. :)

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL