7 Hari Seminggu 5 Jenis Baju

6:56 PM

HANGAT!Teman BBL join Kempen I Want Plant A Tree Bersama SenHeng
HANGAT! ~  Kalau aku kaya, apa nak buat
HANGAT! Minuman wajib malam esok nak exam



Selamat pagi! Hari ni bangun awal lagi.
Alhamdulilah, dah masuk 3 minggu BBL berpraktikal dalam industri perhotelan.
Minggu pertama BBL kekok sikit nak pusing-pusing 1 hotel hantar draf event order.
Memandangkan BBL study Degree in Marketing, department marketing
menjadi tempat BBL bersarang dengan task mencurah macam air hujan.

Department marketing adalah saluran nafas paling penting dalam organisasi hotel.
Boleh kata, setiap hari ada saja event order terbaru masuk dalam giliran.
Tugas BBL dalam masa sebulan ini cukup mudah.

1. Pukul 8.00 pagi masuk office on komputer & air-cond
2. Lihat senarai event pada setiap hari.
3. Jawab panggilan & terima event order.
4. Pusing 1 hotel hantar event order.
5. Part paling seronok dapat makan free waktu pusing 1 hotel,
mana taknya, pergi department pastry dapat makan cupcake,
terjah department coffee kitchen, chef hulur sup mushroom.
6. Pukul 5 cepat-cepat push card balik rumah. Haha..

Oleh kerana BBL sentiasa berjumpa dengan pelanggan hotel,
maka bos department siap pesan awal-awal supaya
pakai baju bersih setiap hari & jangan nampak selekeh.
Katanya, BBL adalah duta kecil hotel, buatlah seolah-olah hotel ini BBL punya.
Terkejut jugak dengar pesanan dari penaja.

Paling BBL pening kepala setiap pagi mestilah soalan baju apa nak pakai
sampai BBL terpaksa pusing pakai baju sama tapi tak nampak sama.
Susahkan. Sebab itu eksesori penting untuk mengaburkan 
mata staff supaya tak timbul soalan cepu mas,
"pakai baju minggu lepas ke?"
Hurm.

Ini fesyen BBL untuk minggu ini.

HARI AHAD



Untuk hari Ahad  BBL lebih kasual sebab Ahad kebiasanya
pelanggan ramai datang ke office untuk booking event & dewan.
Warna hijau limau agak terang tapi menarik perhatian pelanggan 
untuk lebih berinteraksi dengan BBL.
Biar terpukau dengan hijau.

HARI ISNIN



Mencuri idea imej pekerja Isetan KLCC seperti Men In Black.
BBL timbulkan seri dengan suspenders berwarna merah.
Paling kelakar, ada saja staff sibuk nak tarik pastu lepas suspenders.

HARI SELASA



Warna ungu menjadi pilihan untuk tampil lebih santai.
Ungu gelap sangat sesuai memberi semangat bekerja sampai ke petang.

HARI RABU & KHAMIS

Setiap Rabu & Khamis BBL offday.

HARI JUMAAT



Kembali klasik menjadi ilham buat BBL bekerja pada hari Jumaat.
Lengkap dengan songkok senang nak pergi solat Jumaat.
Rona corak vintage bagi BBL cukup menarik seolah-olah
sekali pandang mesti ingat baju batik

HARI SABTU


Memandangkan Sabtu penghujung hari dalam seminggu
BBL pilih motif bunga ros supaya rasa segar macam kat taman ros.
Paling cuak bila ada pelanggan minta tolong jadi pengacara majlis
tapi BBL tolak sebab tak sanggup jadi perhatian nanti dengan baju ros ni.
Biarlah BBL berbunga-bunga dalam office sahaja.

Berikut adalah baju pilihan minggu lepas.


Sekian untuk minggu ini.
Masih pening untuk minggu depan. 


BBL ~ baju batik bila nak pakai?
[0.o]


HANGAT!Teman BBL join Kempen I Want Plant A Tree Bersama SenHeng
HANGAT!Minuman wajib malam esok nak exam
HANGAT! Kalu aku kaya, apa nak buat



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

11 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wow, bestnya dapat makan percuma kat hotel..better kalo ko beli tie yang kecik skit baru smart.. ko pakai yang besar nie mcam kureeng..

    ReplyDelete
  2. smart :)..dapat makan free tu yg best

    ReplyDelete
  3. yang penting dapat mkn free....dan plg2 penting pukul 5 push card cepat2..ahahah, bestnyaa da banyak baju!!..ahahah

    ReplyDelete
  4. Salam kenal adik BBL, Tq singgah blog akak, done folo here yeaaa

    ReplyDelete
  5. baju bertukar, chasing phone pun bertukar jugak ye??huhu

    ReplyDelete
  6. seronok jugak berpraktikal kalau dapat makan hehe

    aku tahun depan baru start praktikal dan habis degree :)

    ReplyDelete
  7. Smart betui! Kalah org yg dah keje 10 tahun neh! hahaha

    ReplyDelete
  8. Btw, salam perkenalan dari Cinta20Sen :)

    ReplyDelete