Seronoknya Terjah Office Les’Copaque Shah Alam

11:59 PM

Assalamualaikum & hello there,


Siapa tak kenal kembar dua orang ni? 
Jangan angkat tangan

Ha, nak share story dengan korang ni. Last week BBL ada visit office Upin Ipin di Shah Alam. Dekat jugak dengan AEON Mall Shah Alam. Oh Les’Copaque juga antara penaja Sepetang Bersama Blogger 2016 pada 16 April ini. Boleh jumpa maskot Upin Ipin & selfie dengan dorang ye.

Oh balik cerita asal entri ini. BBL bersama beberapa blogger termasuk DenaiHati dipelawa untuk bersiar-siar dalam pejabat operasi penghasilan Upin Ipin, DaDiDuDo, Pada Masa Dahulu & Puteri. Seronok kejap bila tengok abang & kakak kita sibuk drawing untuk episode Upin Ipin akan datang.

Sebelum tu kami bertemu dengan Dato Haji Burhanuddin Md Radzi, tulang belakang utama Les’Copaque sejak 10 tahun lalu. Banyak cerita kami dikongsikan termasuk Filem Upin Ipin Jeng Jeng hasil kerjasama dengan KRU Studio bakal menemui penonton di pagawan sekitar hujung tahun ini. Tengok trailer pun dah best kan.



Kemudian En Nazrin membawa blogger melawat aras belakang tabir. Disini krew produksi melakukan aktivti seperti buat lakaran, rendering, sound effect termasuklah rakaman suara untuk karekter animasi Upin Ipin. Meja dorang pun penuh ceria, siap susun mini figure Upin Ipin hinggalah figure Star Wars. Terasa macam dalam kedai ToysRUs pulak.


Paling seronok tak sangka bila jumpa pemilik suara Upin Ipin, Uncle Muthu, Mei Mei, & Susanti. Yang karekter lain tak ada dalam office. Agak sedih situ tapi dapat melihat mereka melakonkan suara sebenar terasa wow sebijik sama. Terbaik betul.



Tak sah kalu singgah ke Les’Copaque jika pulang dengan tangan kosong. Di sebelah office Les’Copaque terdapat Upin Ipin Store yang menjual cenderamata ekslusif Upin Ipin seperti t-shirt, bantal, topi, tumbler, tabung, koleksi buku komik Upin Upin hinggalah set peralatan sekolah Upin Ipin. Boleh beli untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada adik di rumah. Mesti senyum lebar bila dapat hadiah. Betul, betul, betul!.


A photo posted by @marou_apple_hijau on

Jika anda ini membuat lawatan sambil belajar ke pejabat Les’Copaque Shah Alam. Boleh hubungi mereka kerana Les’Copaque sentiasa membuka pintu untuk rakyat Malaysia melihat proses pembikini animasi no 1 Malaysia ini.



Les' Copaque Production Sdn. Bhd.

No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,

Section 13, 40100, Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.
T : +603 – 5511 8089
F : +603 – 5511 8086
Website : www.lescopaque.com

Eh lupa nak ucapkan selamat ulang tahun ke 10 Upin Ipin! Dah darjah 3 kan kalu sekolah rendah tapi tak besar-besar jugak. Sebab apa? Bila dah besar mesti tak comel kan. Betul, betul, betul!


BBL ~ selamat hari lahir Upin Ipin
ヘ(^_^ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici