LRT Bandar Puteri Puchong Kini Dibuka

4:07 AM


Assalamualaikum & hello there,

Bermula 31 Mac 2016 lalu, fasa ke dua extention aliran Ampang dibuka kepada pengguna dari stesen Kinrara BK5 ke stesen Bandar Puteri. Bertambah empat stesen baru iaitu stesen IOI Puchong Jaya, stesen Pusat Bandar Puchong, stesen Taman Perindustrian Puchong & stesen Bandar Puteri. Pastinya satu kelegaan buat penduduk Puchong yang dah lama menunggu perkhidmatan LRT kawasan bandar Puchong. Well, you know jam around Puchong super heavy especially during peak hours.


Jadi jika anda ada program atau sebarang agenda melibatkan kawasan bandar Puchong, usah risau mengenai masalah jalan jem atau parking tak cukup kerana korang boleh terus ke Puchong dari Kuala Lumpur menggunakan LRT extention  Ampang.

Kalu dari Ampang, buat pertukaran train di stesen Chan Saw Lin. Kemudian ambil train ke Sri Petaling. Bila dah tiba di stesen Sri Petaling, naik train baru di platform sebelah untuk ke bandar Puchong. BBL dah 4 5 6 kali naik train ke stesen Kinrara BK5 sebelum ini, boleh baca review services train ENTRI INI

Oh ya, stesen baru LRT ini dah tersedia banyak lot parking untuk anda park n ride. Di stesen IOI Puchong Jaya ada lebih 470 lot parking. Jangan risau soal parking jika anda ingin meninggalkan kereta di stesen lrt. Setidaknya dah tiada alasan untuk korang ke Kuala Lumpur dari Puchong tanpa perlu hadap jalan jem bagai. Atau anda boleh menaiki bas Rapid dari kawasan perumahan di Puchong.


Mungkin dalam suku ke tiga tahun ini baru kesemua stesen aliran Puchong akan beroperasi sepenuhnya hingga ke terminal Putra Height, iaitu stesen pertukaran aliran Kelana Jaya & Aliran Sri Petaling.

Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai lrt Puchong, korang boleh follow link berikut.



BBL ~ dekat dengan rumah
◦°˚\(*❛‿❛)/˚°◦

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. senang la dah boleh berjalan2x ngan kawasan lrt yang telah dibuka

    ReplyDelete