P1 Kini Tiada Lagi – Diganti dengan webe

9:58 PM

Assalamualaikum & hello there,

Secara officialnya P1 kini sudah tiada lagi dalam pasaran & dijenamakan sebagai webe. Tepuk tangan sikit.


Webe akan menjadi syarikat telekomunikasi baru yang dimiliki oleh Telekom Malaysia & pada masa yang sama mereka turut mengintegrasikan ciri-ciri komuniti. webe masih tidak berkongsi sebarang informasi berkaitan penawaran mereka lagi, dan tidak membuka sebarang ruangan untuk soal-jawab buat masa ini.

Kalu korang nak tahu, webe adalah satu platform bagi anak muda yang ingin menjalankan aktiviti komuniti/masyarakat. Sebagai contoh projek kelas untuk pelajar khas dalam kontena. Menerusi maklumat yang telah ada di halaman webe Community, ia merupakan satu platform komuniti bagi menyokong projek-projek yang ingin dibangunkan oleh sesiapa jua di Malaysia. Bagi menjayakan projek ini, mereka hanya memerlukan sokongan pengguna, seumpama pendanaan umum (Crowdfunding). Namun sedikit berbeza dengan Crowdfunding yang memerlukan wang ringgit, platform webe hanya memerlukan ‘sokongan dari pengguna’ (digelar Crowdbacking) terhadap projek yang disenaraikan, dan tidak memerlukan walau satu sen dari pengguna. Bagi memberikan sokongan tersebut, pengguna perlu memberikan ‘Webits’ terhadap projek yang disukai.
Webits merupakan salah satu nilai tukaran didalam platform webe. Bagi mendapatkan Webits, pengguna hanya perlu berkongsi video dan juga kemaskini dari projek komuniti yang tersenarai. Webits yang dikumpulkan akan digunakan bagi menyokong projek komuniti yang tersenarai. Apabila sesuatu projek komuniti itu mendapat sokongan yang cukup dari pengguna, barulah projek tersebut akan menerima dana yang dipinta mereka, sekaligus membolehkan pemilik projek tersebut melakukan apa yang diinginkan. Adalah penting bagi pengguna menyokong projek menggunakan Webits kerana tanpanya, pemilik projek tidak akan mendapat dana untuk melaksanakan projek tersebut.

Ini satu platform menarik untuk korang melakukan aktiviti bermanfaat kepada ahli masyarakat. Bagi mendapatkan lebih maklumat berkenaan webe Community & memulakan sokongan anda terhadap projek komuniti mereka, ikuti mereka di Facebook, Twitter, Instagram dan juga laman rasmi mereka.


BBL ~ macam kitstarted je
(ρ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici