Pengalaman Menggunakan Rapid BRT Laluan Sunway

7:30 PM

Assalamualaikum & hello there,

BBL jarang pergi Sunway Piramid. Salah satu sebab mestilah jauh dari rumah area Kajang. Tahun lepas pergi pun sebab kawan ajak teman beli barang untuk presentation final year. Pergi pun kejap, parking betul depan Sephora lepas tu masuk kedai & chow balik rumah. Sedih betul.

Dan bertambah cuak bila dapat jemputan event di Sunway Piramid. Terkedu kejap fikir macam mana nak pergi Sunway Piramid ni. Ikutkan hati mesti tempah GrabCar je, habis cerita tapi duit kena berjimat untuk konvo hujung bulan ini. 

Nasib baiklah kawasan utama Sunway kini berhubung dengan Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway sejak tahun lepas. Agak nervous BBL nak guna BRT ini waluapun sistem sama macam train lrt cuma bezanya BRT adalah bas elektrik. 


Untuk ke Sunway Piramid dengan BRT, korang boleh naik dari mana-mana stesen BRT dengan beli tiket ke stesen Sunway Lagoon. BBL naik di stesen USJ 7, so harga token RM4.00 sehala. Korang boleh rujuk gambar harga tiket kat bawah ni.


Peta laluan BRT Sunway & Station


Jika korang naik stesen selain stesen USJ 7 & stesen Sunway-Setia Jaya mesti rasa kekok buat pertama kali. Gap antara platform sebelah Cuma seberang jalan je. Rasa macam awkward tengok ‘Amaran Jangan Melintas Platform’. Mungkin tak nak bagi penumpang seperti kanak-kanak bermain atas jalan platform. Kan terlanggar dengan bas BRT.


Waktu menunggu agak lama jika bukan waktu puncak & jangan terkejut jika anda seorang je menunggu BRT di platform seperti BBL alama. Horror kejap tunggu stesen BRT kat USJ 7. Jangan risau kerana aircond bas BRT sangat sejuk & setiap bas di lengkapi dengan WIFI percuma.

Jangka masa perjalanan dari stesen BRT USJ 7 ke stesen Sunway Lagoon Cuma mengambil masa dalam 15 minit. Kemudian follow je laluan pejalan kaki dari BRT Sunway Lagoon ke hujung laluan terus melalui Parkson Sunway Piramid. Dah sampai jangan lupa laluan keluar tadi, kan tercari-cari pulak jalan laluan BRT Sunway Lagoon.


BBL ~ pengalaman baru lagi
(っ- ‸ -)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Sama laa... Cuak gak!! Hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi ada pengalaman naik bas nak pergi sunway pyramid. Takut salah. Sesat. Tak sampai T_T

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi ada pengalaman naik bas nak pergi sunway pyramid. Takut salah. Sesat. Tak sampai T_T

    ReplyDelete
  4. Rindu pula naik brt ni pd 4.dis.2016 lalu. Nak blk pi Kl dr Sunway Lagoon & Pyramid. Tak ramai org naik masa tu. Mmg best..enjin senyap, cukup selesa & pemandangan d luar cantik dgn pemandangan sprt "lumba kereta dlm games" pula..InsyaAllah tahun 2017 ni..nk pegi lg naik bas ni..mmg rekomen kat semua..

    ReplyDelete
  5. nak tanya. kalau nak balik semula dr sunway pyramid kene tunggu kat stesen sunway lagoon tu juga ke? klu nak balik semula ke setia jaya

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL