Rasai kehangatan Semua Perlawanan UEFA EURO 2016 Hanya di Astro

8:29 PM

Assalamualaikum & hello there,

Siapa penyokong Sepanyol?
Siapa sokong Jerman?
Siapa team Perancis?

Mampukah pasukan Sepanyol menyekat serangan bertenaga Jerman, pemenang Piala Dunia dalam mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga atau pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri?


Bersedia untuk menonton segala aksi mendebarkan & persaingan UEFA EURO 2016 melalui liputan menyeluruh hanya di ASTRO – sama ada di televisyen atau Astro on the Go. Sebagai penyiar rasmi & eksklusif UEFA EURO 2016 di Malaysia, Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara live siaran HD di televisyen & juga Astro on the Go melalui dua saluran Supersports khas untuk UEFA EURO 2016 kali ini. (HD: saluran 841 & 842).

Peminat bolasepak boleh melayari & mengunakan aplikasi Stadium Astro untuk mendapatkan statistik rasmi perlawanan serta menonton aksi perlawanan dari pelbagai sudut termasuk juga berita terkini seperti video & keputusan setiap perlawanan pasukan kegemaran anda. Jangan lupa download Stadium Astro di Google Play atau Apps Store. Pasti tak nak ketinggalkan info terbaru UEFA EURO 2016 kan.


Jika anda telah melanggan ‘Sport Pack’, akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh 51 perlawanan UEFA EURO 2016 ada di tangan anda. Berita baik untuk korang yang planning nak subscribe 'Astro Sport Pack' anda akan mendapat akses yang sama secara percuma bernilai RM 104.95 (termasuk GST). Cepat register ‘Sports Pack’ tau.

Sementara itu, bagi korang yang nak menonton perlawanan tertentu sahaja atau game pasukan favourite je, buat pertama kalinya Astro menyediakan pas berbayar mengikut perlawanan. Penonton boleh membayar RM6 (termasuk GST) untuk setiap perlawanan & menontonnya secara langsung. Ini sesuai untuk mereka yang mahu menonton perlawanan tertentu, seperti pasukan yang disokong sahaja. Best kan?

UEFA EURO 2016 akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis & Romania, jam 3 pagi pada 11 Jun 2016 (waktu Malaysia). Pastikan anda menonton dalam siaran HD saluran 841 & 842 untuk lebih debaran & teruja bila gol nanti!

Baru-baru ini BBL telah dijemput ke majlis pelancaran UEFA EURO 2016 di Sunway Piramid. Memang sangat meriah dengan semangan berkobar-kobar kaki bola nak menonton setiap perlawanan UEFA EURO 2016 bermula 11 Jun hingga 11 Julai 2016 nanti. 


Paling dinantikan semestinya kemunculan Fernando Morientes bekas pemain untuk Real Madrid, Liverpool dan Spain. Semua peminat UEFA EURO bersorak gembira tengok Fernando Morientes. Masih segak bergaya macam dulu.


2016 merupakan tahun gemilang buat peminat sukan di luar sana. Selain UEFA EURO 2016, Astro turut membawa liputan lengkap acara sukan utama Liga Perdana Inggeris & juga  temasya  Sukan Olimpik Rio 2016 nanti. Masih belum terlambat untuk korang melanggan ‘Sport Pass’ hanya pada harga RM 104.95 (termasuk GST) untuk peluang akses sepenuhnya perlawanan UEFA EURO 2016 di TV & menerusi applikasi Stadium Astro & Astro on the Go di tablet atau smartphone. Confirm meriah satu rumah bersorak time Jerman goolll kan!

Untuk maklumat lanjut the buzz UEFA EURO 2016, korang boleh layari

-    48 Sponsored Post –

BBL ~ go go go ale ale German!

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici