RESEPI RAYA : Popia Nestum Horlick Rangup Versi Orang Malas

10:25 PM

Assalamualaikum & hello there,

Last weekend BBL terasa nak makan Popia Nestum Horlick tapi nak tunggu raya aidil fitri punya lambat lagi. Terpaksa buat sendiri. Bahan-bahan Popia Nestum Horlick boleh beli kat hypermarket. Nak lagi murah pergi Aeon atau Mydin.


Bahan-bahan:

1 bungkus popia ½ cawan Horlicks
½ cawan gula – kisar halus
1 cawan nestum – kisar halus
Lidi atau straw
Semangkuk air
Minyak masak

Cara-cara

1.     Gulung kulia popia dengan menggunakan straw. Nak senang gulung biar hujung straw terkeluar supaya senang nak tarik nanti. Tinggalkan dalam 1 -2 cm untuk lekatkan dengan air. Buat hingga habis.
2.        Potong kulit popia gulung tadi secara  serong dengan gunting jarak 1-2cm. Nak potong size besar pun tak jadi masalah.
3.      Goreng kulia popia dengan api sederhana hingga garing atau kuning keeemasan. Angkat dan toskan minyak. Biarkan sejuk kejap.
4.   Masukkan popia tadi dalam bekas Tupperware, tabur Horlick, nestum & gula kisar tadi di atas kulit popia tersebut. Tutup bekas Tupperware dengan penutup dan goncangkan.
5.      Jika tak rata, tambah Horlick dan nestum sedikit lagi. Lakukan hingga semua popia bersalut dengan rata.
6.      Nak lagi sedap, taburkan Nestum tanpa dikisar dalam bekas popia tu.
7.      Apa lagi, makan la sambil tengok drama Akasia. Buat kudap-kudap.

 Nak lagi faham boleh rujuk tutorial gambar kat bawah ni. Senang je pun.


BBL ~ letak kat ruang tamu kejap je habis
(ρ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL