Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, October 13, 2016

Jenama Jam Tangan Kegemaran Lelaki

Assalamualaikum & hi semua,

Jam tangan menjadi salah satu aksesori kegemaran lelaki untuk bergaya, tak kisah sama ada untuk jadual kerja harian, keluar hujung minggu atau ke kelas kuliah. Tak lengkap rasanya bila melihat lelaki tanpa jam tangan. Dari tali jam tangan kulit hinggalah keluli tahan karat, setiap orang mempunyai gaya individu mereka sendiri. Ia mungkin agak rambang mata untuk memilih daripada pelbagai reka bentuk jam tangan yang terdapat di pasaran tapi tahu jenama apa sedang laris sekarang atau menjadi trend kini.

Jika anda bingung nak pilih jam tangan lelaki yang mana satu, jom check out senarai jam tangan kegemaran lelaki di bawah. Mungkin anda akan ingin memiliki satu atau dua jam untuk dipadankan dengan baju dalam almari pakaian anda.

1.       Daniel Wellington

Daniel Wellington dikenali dengan signature rekaan latar muka jam berwarna putih dan rupa jam tangannya. Bagi lelaki yang suka kesederhanaan dan serba boleh, koleksi jam tangan Daniel Wellington akan menjadi pilihan sempurna untuk ditambah ke dalam senarai fesyen idaman. Anda boleh memakainya dengan T kasual atau sut formal untuk tampil dashingly kacak serta bergaya.


2.      Fossil

Jika anda adalah seseorang sentiasa mahu menunjukkan ciri lebih maskulin daripada orang lain, jam tangan Fossil boleh memberi aura magis. Nilai lasak dalam semua reka bentuk jam tangan lelaki  Fossil memberikan satu sentuhan sangat matang untuk penampilan anda. Pilih sahaja mana-mana reka bentuk jam tangan dari jenama Fossil dan ia boleh memberi keyakinan si pemakai.


3.      Casio G-Shock

Bagi mereka yang aktif, jam tangan Casio G-Shock telah menjadi pilihan sangat popular sepanjang tahun. Rasanya tiada lelaki boleh menahan godaan untuk memiliki sekurang-kurangnya salah satu koleksi G-Shock kerana ia bukan sahaja bergaya tetapi tahan lasak juga. Jika anda salah seorang kalangan lelaki workout atau suka menghabiskan masa lapang di luar rumah, jam tangan G-Shock adalah teman sesuai untuk anda.


BBL ~ suka pakai G-Shock
o\(ρ)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

2 comments:

  1. jam tangan lelaki memang semua nampak menarik...

    ReplyDelete
  2. Akak suka lelaki pakai jam tangan fossil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...