Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Friday, October 7, 2016

Nessa Asia Membantu Deria Mendengar Skuad 69 PDRM

Assalamualaikum & hello there,

Pernah tak alami waktu bercakap dengan ibu ayah atau atuk nenek
kemudian terpaksa ulang balik soalan banyak kali?

Tak pun, ada experience bercakap benda lain orang tu faham benda lain
seperti anda cakap "nenek, nak pergi ke kedai beli buku ni"
 kemudian nenek balas 
"atuk kau memang suka makan kuih sagu"

Mungkin ahli keluarga anda kini mengalami masalah pendengaran. Jika pernah faced problem ni, seeloknya bawa mereka jalani ujian pendengaran tau.

Istimewa jika ibu ayah anda merupakan penjawat awam seperti polis, tentera atau badan kerajaan yang menerima pencen. NESSA Asia ada satu program CRS untuk golongan tersebut.


Eh, NESSA ni siapa?

Nessa merupakan penyedia penjagaan pendengaran inovatif di Asia – menawarkan penyelesaian pendengaran gaya hidup yang inovatif.

Nessa bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dan individu menerusi pendengaran yang lebih baik. Ini akan membolehkan mereka menjalani kehidupan sepenuhnya dan membina semula komunikasi dan hubungan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka.

Dihasilkan di Denmark, alat bantu pendengaran Nessa direka bersama Apple, untuk kegunaan TV dan iPhone .   Di Malaysia, Nessa menghasilkan pakej bersama yang pertama di dunia – satu pakej  yang bukan hanya alat bantuan pendengaran tetapi juga satu kombinasi istimewa, produk dan perkhidmatan gaya hidup yang menarik.

Syarikat tersebut merupakan penyedia alat bantu pendengaran pertama di dunia yang menjalankan ujian, penyesuaian bagi alat bantu pendengaran dari jarak jauh .  Para pelanggan juga akan menerima khidmat sokongan tanpa had di rumah mereka.
Nessa telah dilancarkan dengan jayanya di Jepun dan Singapura.

Alat bantu pendengaran ni sangat kompak & boleh disesuaikan mengikut size telinga. Ada dua jenis warna, merah & hitam. 


Setiap set akan diserta bersama kotak putih untuk tujuan reset/ubah sebarang frequency alat pendengaran. Jika ada problem, hanya perlu masukkan ke laci kotak & hubungi pihak khidmat pelanggan kemudian setel.


Jangan risau kerana Nessa akan memberi bateri secara percuma untuk kegunaan anda. Biasanya jangka hayat satu bateri bergantung jumlah jam alat pendengaran diguna setiap hari.


Kepentingan Pemeriksaan Telinga / Otoskopi
- Untuk mengenalpasti sebarang jangkitan dalam telinga
- Untuk melihat keadaan salur & gegendang telinga
- Untuk mengenalpasti pengumpulan tahi telinga
- Untuk mengesan kebocoran pada gegendang telinga 

Tahap Hilang Deria Mendengar

Tahap Ringan 
- Sukar mendengar pertuturan perlahan atau dari jarak jauh
- Susah untuk memahami perbualan biasa di tempat bising seperti pasar atau restoren

Tahap Sederhana
- Menjejaskan keupayaan anda untuk mendengar bunyi yang perlahan & sederhana terutama di tempat yang bising
- Kerap meminta pengulangan soalan
- Sukar untuk memahami ketika perbualan telefon
- Selalu menguatkan volume tv

Tahap Teruk
- Hanya mampu mendengar suara yang kuat sehingga jarak 1 meter sahaja
- Ahli keluarga merungut bunyi TV terlalu kuat
- Ahli keluarga sering meningkatkan suara apabila bercakap
- Perbualan biasa menjadi amat mencabar untuk anda

Tahap Sangat Teruk
- Tidak mendengar  walaupun pada bunyi yang amat kuat
- Walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran, pemahaman pertuturan amat terhad.

Faktor mempengaruhi tahap pendengaran
-          Penuaan
-          Jangkitan telinga
-          Pendedahan pada bunyi kuat
-          Kesan sampingan ubat-ubatan

Cara melindungi deria pendengaran
-          Jangan gunakan kapas putik untuk mengorek telinga
-          Makan ubat mengikut dos ditetapkan doktor
-          Kurangkan volume bunyi sewaktu menggunakan headphone
-          Prihatin terhadap kesan sampingan ubatan

Panduan ringkas untuk Memohon Alat Bantuan Pendengaran PERCUMA

Permohonan
. telah menjalani ujian pendengaran & memerlukan alat bantuan pendengaran
. status kelayakan akan disemak melalui system Or92atis Rx E-MASS
. Borang permohonan yang lengkap akan di hantar bersama salinan kad pengenalan & kad pesara

Kelulusan
. Surat kelulusan akan diterima dalam tempoh dua (2) dari Oratis Rx
.Selepas mendapat kelulusan, NESSA akan menghubungi anda untuk mengaturkan sesi pelasaran alat bantuan pendengaran & perundingan
. Sila hubungi Oratis Rx di talian 03 5522 8600 atau NESSA di talian 03 2788 4605 untuk status kelulusan anda

Temujanji susulan & Pembaharuan
. NESSA akan menyediakan bekalan bateri secara percuma selama tiga (3) tahun, pelasaran alat bantuan pendengaran serta talian khidmat sokongan
.Anda boleh mengulangi permohonan alat bantuan pendengaran setiap tiga (3) tahun
.NESSA akan membantu pembaharuan permohonan anda

Pakej Alat Pendengaran Nessa


Program Corporate Social Responsibility (CSR) NESSA x PDRM

Nessa (penyedia penjagaan pendengaran paling inovatif di Asia) bekerjasama dengan Skuad 69 PDRM (Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Polis Skuad 69) hari ini menganjurkan perhimpunan amal membabitkan kira-kira 3,000 orang dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka menerusi pendengaran yang lebih baik.



Acara separuh hari itu diadakan di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur yang disediakan khusus untuk anggota Skuad 69. Khidmat komuniti itu diperluas kepada orang ramai yang hadir, beberapa pertubuhan kerajaan, bukan kerajaan dan pertubuhan kebajikan

Kempen ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim Exco Kesihatan Sukan & Anti-Dadah Negeri Melaka.


Untuk maklumat lanjut hubungi

telefon : 03 5522 8600 / 03 2788 4605
email : malaysia@nessa.asia
website : nessa.my


BBL ~ Sayangi telinga anda
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...