Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, October 18, 2016

Lokasi Starbucks Reserve Malaysia

Assalamualaikum & hello there,

Ini kad Starbucks baru BBL. Sebelum ni ada dua tiga member tanya kenapa kad Starbucks lain macam je. 


Ni adalah kad Starbuks Reserve, fungsi sama je dengan kad Starbucks lain cuma warna hitam legam ala-ala kaler iPhone 7 je. 

Cara Nak Dapatkan Kad Starbuks Reserve

Beli & topup minima RM50. Tempoh hari BBL refill RM100 je & boleh terus guna beli Green Tea Frappuccino. Design kad Starbuks Reserve ni versi first edition, sekarang dah ada kad Reserve baru - kena topup minima RM100.


*Kad edisi pertama


*Kad edisi kedua


Kat Mana Nak Beli Kad Starbuks Reserve?

Buat masa sekarang (2016) Malaysia cuma ada tiga sahaja Starbucks Reserve iaitu 

  • The Gardens - landmark depan Starbuks Mid Valley cuma di level dua The Gardens
  • Sky Avenue, Genting Highland
  • Sunway Piramid - Oasis Boulevard

Starbuks Reserve Tu Apa?

Bagi peminat coffee, Starbuks Reserve is one of your bestfriends sebab di sini ada pelbagai jenis kopi rare & eksotik untuk anda nikmati sambil baca novel. Senang citer Starbucks Reserve sangat esklusif bagi Starbucks fans. Lagi pun tiada barista kerana mereka adalah coffee master. Baju mereka pun warna hitam putih sampai cawan pun warna hitam dengan logo Starbuks Reserve. 





*Apron coffee master cantik. Nak dua helai boleh..


 *whole bean coffee Malawi. Berminat nak cuba?


Nah video cara penyediaan coffee Reserve. Bukan main bertingkat dari atas jatuh ke bawah. Mula-mula BBL ingat terus minum campur serbuk kopi tadi. 



Rasanya sekarang ada jual kat Starbuks biasa tapi untuk cawangan terpilih sahaja. Mungkin korang boleh tengok pada kad display kaunter payment, kalu ada tertampal kad Reserve. Boleh la beli. Satu lagi yang bestnya kad Reserve ni ada 'sarung' so agak menarik kalu bagi hadiah hari jadi kad starbucks. Minumlah kopi sampai lebam.


Kad Reserve ni bebiasa je, cuma kad starbucks warna hitam & pelik

BBL ~ Treat buy one free one
ヽ(´ー`)ノ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...