Jalan-Jalan Taman Negara Pulau Kukup

8:38 PM




Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor. Hari ini, Pulau Kukup telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, diberikan status 'Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Persidangan Geneva-berdasarkan Ramsar.

laluan menyusuri hutan bakau juga outstanding penuh seni

Sedikit tentang kisah penduduk tempatan mengenai Pulau Kukup, di mana pulau ini ialah tempat tinggal lima puteri kayangan. Pada suatu hari, salah seorang dari puteri ini telah jatuh cinta dengan seorang kelasi dan mereka telah kahwin lari. Satu sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup dan ia telah ditelenggami oleh air laut.

Pulau ini kemudiannya timbul semula, tetapi ia diliputi oleh paya bakau. Ramai orang telah cuba untuk membina penempatan di pulau ini, tetapi tidak berjaya. Sesetengah orang mengatakan ini disebabkan pulau ini telah didiami oleh semangat. 

Pada hari ini, Pulau Kukup merupakan rumah kepada pelbagai spesis hidupan liar antaranya adalah monyet, ikan belacak dan babi hutan. Malah menjadi kawasan pembiakan 12 spesis fauna dan 76 spesis burung. Serta menjadi habitat semulajadi pokok paya bakau.

 disini tempat anda boleh melihat sendiri hidupan baya bakau

Nikmati keindahan taman negara ini dan selamilah ekosistem semula jadinya yang mengasyikkan. BBL sendiri terkejut diberitahu pulau ini berkeluasan 647 hektar dan dikelilingi 80 hektar tanah paya. Tak hairan ia menjadi tarikan orang awan melihat hidupan biodiversity disini. 

sport menarik untuk kaki instagramer

Kebanyakkan pokok bakau disini membiak secara semulajadi. Bagi BBL ini satu peluang berharga dapat melihat sendiri pokok bakau berusia lebih dari 100 tahun. Jangan lepaskan peluang melihat pokok bakau yang ditanam sendiri oleh Allahyarham Tengku Abdul Jalil tiga tahun lalu. Oh ya, baru tahu rupanya pokok bakau mengambil masa untuk membesar. Sebagai contoh, ia memakan masa 3 tahun lebih untuk pokok tu tinggi lebih kurang 165cm.

ni ha pokok bakau paling tua disini
ini pula akar jangkang tertinggi di Pulau Kukup - lebih tinggi dari BBL

Aktiviti menarik boleh anda lakukan di Pulau Kukup
  • Menaiki bot menyusuri Sungai Ular
  • Pemandangan hutan pulau bakau
  • Laluan berpandu
  • Mengambil gambar
  • Mengelilingi hutan paya bakau
  • Melihat kepelbagaian spesis tumbuhan dan hidupan

Cara Nak Datang Ke Sini
Menaiki Teksi
Perkhidmatan teksi biasa tersedia diantara stesen bas Pontian, di pusat bandar, untuk ke Kukup.

Menaiki Kereta (dari Selatan)
Dari Johor Bahru, ikut Lebuh Jalan Skudai dan tuju ke arah Pontian/Pontian Kechil. Ikut papan tanda untuk ke Kukup.

Menaiki Kereta (dari Utara)
Dari Kuala Lumpur/utara, ikut Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar di tol Simpang Renggam (selepas Machap). Belok ke kiri dan tuju ke Pontian/Benut. Selepas itu, ikut papan tanda ke Kukup.

Nak buat rombongan ke sini boleh hello hello Perbadanan Taman Negara Johor
Alamat   : Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian
Tel           : 07-6969 355
Faks        : 07-6969 366
Website  : www.johorparks.com.my
Bayaran : RM 5.00 (Malaysia) RM 10.00 (Antarabangsa)

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Menarik... Gambar-gambar pun cantik.. best tengok

    ReplyDelete
  2. wah!cntiknyaaa nak pergi..bru tahu..thanks

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum nak tanya, ada kena naik bot untk kedlm pulau kukup ?

    ReplyDelete