Berbuka “Ramadhan Chefs Out Istimewa” Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

1:31 AM


Saban tahun pasti menu nasi menjadi hidangan utama iftar bulan puasa kan? Pernah tak teringin menu shell out sebagai sajian pertama anda santap tika masukkan waktu berbuka? Ha sekali sekala nak juga tekak merasa masakan berlainan kalu berbuka di luar. Tahun ini Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur memperkenalkan Ramadhan Chefs Out persis shell out istimewa buat tetamu berbuka puasa di Restoren Essense.


Sebaik sahaja azan magrib berkumandang, semua cheff Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur akan membawa Ramadhan Chefs Out dari dapur hotel terus ke meja anda. Seafood segar terpilih seperti ketam, udang, kerang, pepahat, siput sedut, tiram dan beberapa hidupan laut bersama 6 sos istimewa iaitu sos mentega, sos ketumbar Thai, Kam Heong Tauchu, Aglio Olio dan kari Masala yang dimasak setiap hari bakal terhidang depan anda. Confirm tak berganjak dari meja habiskan Ramadhan chefs out ni.


Tidak terhenti disitu, Essence menyajikan lebih 300 sajian sampingan dari menu masakan tradisional tempatan hinggalah favourite international dishes. Para tetamu boleh menikmati makanan kegemaran ramai seperti Ayam Panggang Perchik Ala Kelantan, Pais Patin Temerloh, Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu dan Asam Pedas Special pastinya mengiurkan mulut yang terhidang atas para lebih 120 meter. Pastinya anda juga teruja dengan kambing golek dengan Nasi Mandi dan live cooking station Ikan Bakar cicah Air Asam, Sate bersama ikonik sambal kacang pedas yang semuanya dimasak menggunakan bahan segar menjanjikan kepuasan berbuka puasa.


Bagi orang Melayu, apalah rasa berbuka nasi tanpa ulam-ulaman kampung. Oleh itu chef Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur memang faham sangat dan turut menyediakan hidangan sampingan Tempe Goreng, Ikan Masin (Sepat, Gelama, Pari), Ikan Kurau Masin Goreng Chilli, Telur Masin, Pecal Nangka bersama aneka pilihan Kerabu Mangga, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Sotong. Tidak ketinggalan Sambal Belacan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Tempoyak, Sambal Budu serta Sambal Cencalok. Aduh tak sabar nak menanti bulan puasa nanti.


Tidak ketinggalan pencuci mulut idaman ramai iaitu Bubur Kacang Merah, Pengat Labu Bersago, Buah Melaka, Putu Bamboo, Sago Gula Melaka, Tapai Pulut daun getah, Cheesecake, Pudding Mangga dan banyak lain.


Harga Buffet Ramadan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bagi tetamu dewasa RM 158 nett setiap orang
*promosi tempahan awal harga RM 111 net bermula sekarang hingga 17 Mei 2018
Kanak-kanak 9 hingga 12 tahun RM 79 (diskaun 50%)
*kanak-kanak 9 tahun ke bawah PERCUMA

Nikmati potongan 30% diskaun untuk tempahan berbuka bersama keluarga atau rakan taulan bagi pakej berkumpulan 30 orang dan ke atas.


“Ramadhan Chefs Out” di Restoren Essense boleh dinikmati pada bulan puasa nanti bermula 17 Mei hingga 12 Jun 2018 nanti.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama meraikan bulan Ramadan ini bersama Restoren Essence Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Sebarang tempahan hubungi 03 2717 9933 atau email essence.venue@sheraton.com & buat tempahan anda hari ini. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Ha jangan lupa share entri ini & tag rakan anda :)

    ReplyDelete