Wah Cantik Betul Amari Hotel Johor Bharu

9:18 PM


Alhamdulilah seronok dan penat seharian ronda tempat menarik sekitar Johor Bharu. Boleh rujuk entri ini. Lepas lunch kat Dapor Warisan depan stadium latihan JDT, kami decide nak menginap di Amari Hotel Johor Bharu - hotel Amari pertama di Malaysia. Boleh dikatakan nama Amari Hotel sangat terkenal dan gah kalu kat luar negara seperti wilayah Thilanad, China, Loas, Maldives, Dhaka Bangladesh, Sri Lanka dan Qatar. Kini anda berpeluang tidur di satu-satunya Amari Hotel Johor Bharu Malaysia yang baru beroperasi.


Selesai check in, BBL terus berlari naik level 12 nak terjah Deluxe Twin. Tak sabar nak mandi sebab kebetulan cuaca JB agak panas. Flash je room key terkejut tengok size bilik besar lebih kurang 32 -40 sq. Lengkap dua katil single boleh memuatkan 2 dewasa + 1 kanak-kanak, meja menulis, tv LCD 40 inci dan sofa. Nah saya kasi preview interior dekorasi dalam bilik.

 room sweet room!


Seronok dapat manjakan diri dengan standing shower ala air hujan. Dari jendela bilik BBL boleh nampak pusat Imigresen JB serta Woodland Singapura. Merlion Park nampak kecil je. Okay saya main-main je. 

Selain dari bermalam di bilik, para tetamu termasuk anda boleh berehat dengan urutan badan, kaki atau mandian aromaterapi kat Breeze Spa. Malah pakej tersedia cukup berpatutan sama ada untuk seorang atau berpasangan. Tak hairan ramai kalangan penduduk JB sendiri datang walk in ke Breeze Spa terutama hujung minggu. 


Kemudahan lain yang ada di Amari Hotel JB termasuk gym, kolam renang & ruang business centre cukup besar incase ada perlu privasi untuk buat kerja atau perlukan ruang diskusi bersama teman sekerja. 


Jika kebetulan datang bercuti ke Johor Bharu jangan lupa datang menginap di Amari Hotel ye. Nak lebih jimat terus tempah bilik anda terus di website Amari Hotel. 

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. pernah datang tidur kat sini tak silap bilik tolak sliding door terus ke pool. Berbaloi sebab memang dekat dengan imegresen JB

    ReplyDelete
  2. Bestnya tengok Breeze Spa tu kalau dapat pergi ni mesti susah nak keluar hehehehh

    ReplyDelete