Bestnya Iftar + Kendurian Di Pullman Putrajaya Lakeside

12:40 AM


Ha tak lama lagi kita bakal bertemu bulan puasa. Pastinya bagi anda yang bekerja pasti memikir tempat iftar sesuai bersama ahli keluarga atau rakan. Istimewa tahun ini apa kata datang berbuka di Pullman Putrajaya Lakeside bertema Magical Ramadhan Nights. Tempoh hari BBL berkesempatan merasai sendiri preview keunikkan berbuka puasa disini. Betul seperti tagline Magical Ramadhan Nights memang ternyata penuh kejutan.



Lebih 300 jenis juadah tersedia

Seharian menahan lapar dan dahaga tambah lagi musim panas kemarau tersangat menguji keimanan hati. Oleh itu Pullman Putrajaya selaku the best 5-star hotel di Cyberjaya/Putrajaya berbesar hati membawa keceriaan sewaktu anda berbuka puasa. Dengan lebih dari 300 juadah pelbagai pilihan berbuka menanti para tetamu seperti BBQ makanan laut segar, super fresh salad bar, menu tradisional ibunda, menu international, masakan cina, india, masakan asia (Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam), menu Timur Tengah, ikonik pasta Itali, murtabak, pilihan sajian mee, aneka minuman segar, buah-buahan dan bermacam lagi. Kalu nak list out memang panjang korang scroll.


Sewaktu masuknya berbuka puasa, wakil pihak Pullman Putrajaya akan melaungkan azan secara langsung dari menara jam. Uniknya buffet ramadhan dihidang secara terbuka outdoor ala bazaar membuatkan anda terasa ‘sesat dalam lautan sajian’. Malah mampu memuatkan hingga 10 000 orang dalam satu masa.


Walk-in Desert Room satu hall

Dah puasa menikmati sajian berbuka puasa, basahkan mulut dengan pencuci mulut di walk-in desert room. Jangan terkejut melihat pelbagai variasi desert termasuk ais krim, ABC, pop-corn, kuih muih, aneka pastry, pudding dan macam-macam lagi. Terus terang anda terasa berada di Alice & Wonderland. Penuh keceriaan dan kegembiraan!


Kendurian Buffet

Special untuk Magical Ramadhan Nights, Pullman Putrajaya turut menyediakan satu lori kendurian buffet khas untuk hantu durian. Makanlah raja buah sepuas hati anda. Fuh memang terbaik la lepas puas makan kambing golek, sate, bbq seafood kita pekana durian dari kebun Rizal Urban. Patut la orang Putrajaya cakap datang berbuka di Pullman Lakeside Putrajaya memang berbaloi.


Tak terhenti kat situ, anda akan dihiburkan oleh persembahan live band, pancaragan staff Pullman serta maskot adiwira Starwars, Ironman dan badut menceriakan kanak-kanak. Usah pulang dulu kerana sajian buffet Ramadan ni berlangsung hingga jam 9.30 malam dan penghujungnya korang akan dapat menyaksikan pertunjukkan bunga api.


Bawa family serta rakan taulan berbuka di sini bermula 15 Mei – 14 Jun 2018 dengan bayaran setiap tetamu :

Dewasa RM 188
Kanak-kanak RM 110
*Potongn Early bird RM 150 (dewasa) & RM 100 (kanak-kanak)

Pintu Magical Ramadhan Night Pullman Putrajaya dibuka bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.

Jangan buang masa lagi terus book hari ini. Hubungi 03 8890 0000 atau whatsapp 016 8900 142 atau email magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Ikuti laman social media Pullman Putrajaya untuk update promosi terkini
Facebook : Pullman Putrajaya Lakeside
Instagram : PullmanPJ
Twitter : PullmanPutrajaya
Whatsapp : 016 8900 142

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. pergh best siap ada durian lagi. Boleh la ajak member buka puasa weekend kat sini.

    ReplyDelete