Syok Betul DIY Grill Daging Rusa Di Deer Farm Kg Batas Ubi, Kedah

10:55 PM

Antara lokasi cukup menarik sepanjang Borakkita #TravelogueMalaysia edisi Kedah ini ialah melawat pusat penternakkan rusa di Kampung Batas Ubi. Seingat BBL rusa ini boleh tengok dalam zoo sahaja tetapi tidak disini kerana para pengunjung dapat melihat sendiri jinaknya sang rusa selain memberi makan kepada haiwan ini.


Menurut pemilik Deer Farm Kg Batas Ubi, terdapat lebih 50 ekor rusa dipelihara untuk tujuan daging dan turut membuka peluang orang ramai merasai pengalaman unik mendekati rusa. Walaupun umum mengetahui rusa ni kadang-kadang liar tetapi ada je 4 5 ekor yang jenis mesra dengan manusia terutama bila anda hulur makanan. Siap boleh usap kepala dan badan tau. Jangan risau rusa tak akan sodok korang dengan tanduk di kepala tu. Dorang sangat behave dan pemalu sebenarnya. Satu lagi pengalaman unik BBL perolehi sepanjang berada di negeri Kedah.


Kepada korang yang tidak pernah merasai daging rusa, jemput mencuba sendiri makan daging rusa dengan pakej DIY Grill di restoren Deer Farm ini. Dengan pakej harga PROMOSI RM 140 ( set 4 orang) anda bakal disajikan dengan – rujuk gambar bawah.


Malah ada live demo bersama pemilik Deer Farm lagi. Persis bbq kat seoul garden gituh. Nampak macam sikit je tapi berhempas pulas nak habiskan semua daging yang kami grill tu. Seronok dapat gathering bersama sambil borak pasal tempat menarik area Kedah ni. Video grill ni dah ditonton lebih 2.7k & 32 shares post di laman Facebook. 



Aiskrim pun sedap. Memang kena dengan selera barbeque, nasi dan sup cendawasan bersama roti garlic. Semua ini termasuk dalam pakej. Malah air teh pudina dan soda herbs better habiskan sebab sedap menyegarkan. Dapat pulak grill time lepas hujan lagi seronok sejuk-sejuk angin tepi Gunung Jerai.


Restoren ini beroperasi
Setiap hari Jumaat & Sabtu
Sesi 1 : 5 petang – 7 malam
Sesi 2 : 8 petang – 10 malam
*Tempahan selewatnya sebelum hari Rabu setiap minggu
** Minimum 4 orang setiap tempahan

Tempahan Berkumpulan:
Dibuka setiap hari untuk 32 orang ke atas. Tempahan sekurang-kurannya 2 hari sebelum jamuan.

Lokasi Batas Ubi DEER Farm
Lot 2679, Kg Batas Ubi, Teroi
06900 Yan, Kedah
WhatsApp – 012 4313635

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici