Menu Warisan Kampung Menanti Anda Berbuka Di Nook Aloft KL Sentaral Ramadhan 2018

3:15 AM



Pejam celik, pejam celik bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Tahun ini restoren Nook Hotel Aloft KL Sentral membawa tradisi menyediakan menu enak untuk para tetamu berbuka puasa. Kempen Buffet Ramadan Joms Buka @ Nook ditawarkan pada harga RM 138 nett untuk dewasa dan pintu dibuka setiap hari bermula 16 Mei – 14 Jun 2018 bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Restoren Nook menampilkan lebih 150 jenis hidangan bakal menguji iman berbuka puasa anda sepanjang bulan Ramadan. Menariknya semua menu Warisan Kampung hasil air tangan dari chef baharu, Arfizan Abdul Rahim bersama chef Restoren Nook iaitu Hamid Buyong, Hanis Nordin dan Ahmed Zaki Harun.


Sportlight hidangan pilihan ramai yang disajian persis ‘gerai-gerai’ istimewa sempena bulan ramadhan ni bakal menjadi rebutan seperti Kambing Golek Berempah Kuzi, Nasi Ayam dan Itik, Warung Sate, makanan tradisi dicari bulan puasa, Bubur Lambuk Beratur dan gerai special menyediakan air favourite - Air Bandung, Calamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Kopi Hang Tuah, Sugar air tebu, air kurma dan banyak lagi.


Bagi peminat kambing golek jangan terlupa rasa sendiri Rendang Daging yang bakal terhidang di Carving Station, salah satu signature restoren Nook dan menjadi bualan setiap kali tiba bulan puasa. Sedikit rahsia tentang rendang daging istimewa ini ialah ia dimasak perlahan selama 7 jam dan mengunakan rempah ratus asia seperti garam, lada sulah, kayu manis, jintan manis dan beberapa lagi rempah tempatan. Chef akan menyediakan menu istimewa ini sepanjang ramadhan ini.


Tidak terhenti itu, anda boleh menikmati sajian popular lain termasuk nasi kukus, Nasi Hujan Panas atau Nasi Minyak Jagung bersama lauk pauk dari Kari Daging Kentang, Ikan Masak Asam Pedas, Gulai Daging Tetel, Masak Lemak Telur Itik, Kepah Masak Lemak, Sayur Rampai Goreng dan banyak lagi.


Warisan Kampung juga menampilkan menu kegemaran BBL iaitu Kerabu, Tauhu Sumbat, Gado Gado, Ulam-Ulaman, Murtabak, Roti John, Rojak Buah, Goreng Pisang, Cempedak, Keropok Lekor yang tersedia bersama pencuci mulut aneka pilihan bermula dari Kuih Muih Melayu, Sago Gula Melaka, Ais Krim Potong dan tersedia juga Ais Batu Campur Station.


Untuk memberi pilihan kepada tetamu, menu sampingan authentic Cina, India dan Western juga tersedia untuk dijamu. Chef juga mengesyorkan anda mencuba Wok-fried Butter Milk Prawn, Sze Chuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Sarawak Laksa, Lasagna, Smoked Barbecue Chicken Wings dan beberapa lagi menu. Uniknya desert Pandan Crème Caramel, Berries Brownie Trifle, Marble Cheesecake Slices, Water Chestnut Jelly with Strawberry Pearl membuatkan waktu berbuka puasa lebih teruja.


Untuk penjimatan hebat, dapatkan Joms Buka @ Nook voucher early bird pada harga RM100 bermula 1 April hingga 15 Mei 2018 ini. Manakala jika anda beli voucher untuk 36 keping ke atas, harganya Cuma RM90 sahaja. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi terus  (60) 3 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Jemput semua share & tag rakan anda untuk treat berbuka puasa bersama bulan puasa nanti

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL