"Aku Malu" Single Terbaru Aqeesh Aleey

11:10 PM

Juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017 anjuran hurr.tv, Aqeesh Aleeya tampil dengan single pertama berunsur pop dance berjudul 'Aku Malu' dicipta oleh kompesor DJ Fuzz dengan lirik oleh Hez Hazmi. Boleh tahan catchy lagu sampai BBL sendiri dah teringat lirik lagu ni. Okay korang boleh dengar sendiri ye




Cuba teka umur Aqeesh ni? Aqeesh Aleeya atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom baru berusia 14 tahun dan anak jati Selangor. Siapa sangka kecil kecil cili padi ye. Melihat kepada bakat semualadinya yang mampu menari, bermain gitar dan yakin di hadapan kamera serta minat kepada muzik balada, pop dan dance tak hairan Aqeesh menjadi juara bagi pertandingan bakat dalam talian anjuran hurr.tv iaitu Bakat Ohsem Malaysia (BOM) yang berlangsung pada 23 Disember 2017 lepas. 

Pembikinan lagu 'Aku Malu' dilakukan pada 29 Mac 2018 dan secara amnya mengambarkan situasi di mana seorang gadis/jejaka yang jatuh cinta dalam diam kepada seorang yang diminati. Perasaan suka terhadap invidu itu semakin lama semakin menebal. Walaupun begitu, gadis/jejaka berkenaan tidak berani meluahkan perasaan sebenar kepada individu yang diminati. 



Video lirik lagu 'Aku Malu' boleh anda tonton secara ekslusif di YouTube hurr.tv, manakala video musik akan dikeluarkan dalam masa terdekat yang mana Aqeesh bakal digandingkan bersama naib juara Bakat Ohsem Malaysia, Nastry Rock Crew .



Jom suport Aqeesh Aleeya follow sosial media

Stay tune pelbagai lagi ohsome content dari Hurr.tv

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Muda sangat orangnya tapi sangat berbakat! Semoga dapat pergi lebih jauh! InsyaAllah

    ReplyDelete