Sukan Paragliding Dari Puncak Gunung Jerai Mesti Anda Cuba

1:00 AM

Sebut negeri Kedah terus terlintas sawah padi seluas mata memandang. Sebenarnya Kedah juga terkenal dengan aktiviti extreme termasuklah paragliding. Buat anda first time dengar perkataan paragliding tu jangan buat muka kerut pulak. Paragliding ni salah satu akviti popular luar negara - cara paling best untuk menikmati pemandangan alam dari atas udara.


Alang-alang BBL datang ke Gunung Jerai dan menginap di the Jerai Hills Resort - rujuk entri ini, kami geng #TravelogueMalaysia sepakat nak mencuba sukan lasak dengan terbang dari puncak Gunung Jerai. Bunyi macam scary tetapi bila sampai ke port take off rasa excited tengok pemandangan cukup memukau suasana alam semulajadi muka bumi Kedah.


Paragliding biasanya bermula dari tempat tinggi seperti atas bangunan atau gunung. Lagi tinggi lagi best sebab anda akan terbang lebih lama di awan. Soal keselamatan jangan bimbang kerana seorang 'pilot' akan bersama korang semasa terbang. Duduk je elok-elok kat depan.

Okay sebelum take off, safety kena diutamakan. Dah setel semua jom kita fly!


Memang owesome dengan ketinggian 2200 kaki dari atas laut yang menyajikan pemandangan sangat cantik. Saya boleh nampak sawah padi, gunung, lautan dan pulau yang terdapat sekitar daerah Yan bersama pilot profresional Kelab Luncur Udara Jerai. Lebih kurang 15-20 minit jugak BBL terbang. Itu pun rasa macam nak repeat sekali lagi sebab tak puas lagi. 


Ending nya kami landing atas bendang Kampung Titi Beras. Nasib baik waktu tu baru selesai musim menunai padi. Kalu tak habis berkubang dalam bendang. Haha hujung cerita sempat tapau ABC kebetulan ada warung goreng pisang tepi simpang kampung. 


Pakej Paragliding Gunung Jerai
Gunung Jerai Paragliding Park menawarkan pakej RM 250 termasuk Gopro untuk rakaman semasa di udara dan pengangkutan naik ke take off. Korang boleh book tarikh dengan membayar deposit RM 100 sahaja. 

Sangat seronok, tak sangka ada aktiviti macam ni di Kedah. Boleh pakat planning datang bercuti dengan kawan-kawan. Tapi pastikan 
contact club dulu. Kalau tak ada angin depa tak terbang.
Pertanyaan & Tempahan : 012-8151596/ 017-5511154

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Nice blog looking very adventures thank you for sharing and keep sharing.

    ReplyDelete