Bermalam Kat Hotel Fuller - Hotel Paling Dekat Dengan Menara Alor Setar

8:52 AM

Dah banyak entri #TravelougueMalaysia BBL update. Boleh klinik menu #TravelogueMalaysia bawah iklan header atas. Lupa nak mention lokasi hotel menarik boleh anda menginap jika datang berlibur ke ibu negeri Kedah.


Hotel Fuller - Hotel Paling Dekat Semua Attraction
Bercuti bersama ahli keluarga terutama anak-anak kecil mungkin jadi satu cabaran kepada ibu bapa. Kalu boleh nak pilih hotel paling dekat dengan tempat menarik. Senang nak gerak sikit. BBL nak syorkan anda menginap di Hotel Fuller kerana lokasi cukup strategik di tengah-tengah pusat bandar Alor Setar.


Nak berjalan? Park je kereta kat hotel dan jalan kaki ke tempat tarikan pelancong

💠 5 minit ke Aman Sentral
💠 6 minit ke Menara Alor Setar
💠 11 minit ke Masjid Zahir 
💠 11 minit ke Muzium Diraja Kedah
💠 atau 2 minit je ke Putra Medical Centre 

So far BBL rasa cukup berbaloi memandangkan hotel ni sebelah Aman Sentra je. Incase lapar atau bosan boleh exercise kaki pusing window shopping kat Aman Sentral. Hehehe


Harga Bilik Hotel Fuller, Alor Setar
Hotel Fuller ni ada 132 bilik semua sekali dengan tawaran 5 jenis bilik sesuai dengan bajet anda tak kisah datang bersama rakan atau keluarga iaitu

🌟 Standard Room RM 100
1 katil king atau 2 katil single dengan keluasan bilik 182 sq

🌟 Premier Room RM 115
1 katil king atau 2 katil single dengan keluasan bilik 182 sq

🌟 Superior Room RM 138
1 katil king dengan keluasan bilik 196/207 sq

🌟 SOHO Room RM 148
1 katil king dengan keluasan bilik 231 sq

🌟 Family Room RM 188
1 katil king atau 1 katil berkembar dengan keluasan bilik 260 sq

*setiap bilik lengkap dengan TV LED flat, wifi internet & kemudahan coffee maker.

Okay jom BBL preview sikit bilik Hotel Fuller. Bilik bersih & tandas cukup luas siap ada shower room. Wifi internet dalam bilik cukup strong, jujur BBL sempat update satu entri blog. 


Bagi anda yang kebetulan datang ke Alor Setar untuk bercuti atau atas urusan kerja, datang la menginap di Fuller Hotel. Pasti anda berpuas hati dapat tidur kat sini. 

Fuller Hotel
No 1, Kompleks Perniagaan Pintu, Jalan Pintu Sepuluh,
 Kampung Lubok Peringgi
05100 Alor Setar, Kedah
No Telefon : 04-733 3999

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. This is looking really nice, Thank you for sharing such a nice article.
    you should use coupon codes for hotel booking.

    ReplyDelete
  2. not bad jugak bilik dia, consider dengan harga murah macam tu.

    ReplyDelete