Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018 | 1439 Hijrah

8:58 PM

Pejam celik rasa macam baru minggu lepas umat Islam mula puasa, tak sangka besok dah nak sambut bulan syawal. Di kesempatan ini BBL ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog. Moga syawal ini memberi seribu kegembiraan kepada anda semua. 


Korang balik kampung mana tahun ni? Sumpah saya sendiri rasa excited nak raya sebab rasa kemeriahan nak raya tu. Ini pun baru je balik dari pasar besar beli bahan-bahan  nak buat rendang ayam. Pukul 7 pagi nak penuh orang  pasar besar. Nasib baik sempat beli ketupat palas, kalu tak memang kepunan nak makan dengan rendang besok. 


Sampai rumah BBL terus kemas dapur untuk loading barang dapur. Next agenda vacum rumah kali ke 3 sebab malas nak sapu. Hahaha wah planing bukan main lagi. Last-last tersadai depan tv tengok HBO..

Raya tahun ni satu family warna unggu ribena. Sang adam pakai kurta Rijal & Co - Harris Baba. Dah try test 2 hari lepas, cutting slim fit. Macthing dengan seluar jeans skinny H&M beli sebelum balik kampung. Mampu beli H&M time sales je awak oi. 


Okay la, BBL nak sambung kemas rumah. Mak dah bising anak sulong hilang dari radar duk update entri dalam bilik. Selamat bergembira semua dan semoga ceria dapat berhari raya bersama ahli keluarga tercinta.

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici