Melawat Kilang 888 Tea & Coffee Sg Petani Kedah

3:11 AM

Hai semua readers! 

Sebut lawatan sambil belajar teringat zaman study dulu. Dari sekolah rendah sampai degree, kertas kerja lawatan sambil belajar paling BBL suka. Macam-macam tempat & organisasi kami satu kelas pergi. Tak puas dalam Malaysia sampai ke republik Singapura terima invatition lawatan. Tak sangka bila bergelar blogger masih ada lawatan sambi belajar boleh attend. Hehe


Edisi #TravelogueMalaysia Kedah membawa geng blogger ke kilang memproses teh wangi paling ikonik iaitu teh wangi ros 888 yang cukup terkenal di Sg Petani Kedah. Excited betul bila lawatan ke kilang menjadi salah satu tentatif kami sepanjang berada di negeri jelapang padi. 

Teh Wangi Ros Sejak Tahun 1984
Sedikit sejarah tentang latar belakang syarikat 888 Tea & Coffee ni. Pada awalnya, Mr.Ah Thong Guan memulakan perniagaan menjual teh wangi kepada penduduk sekitar Sg Petani dengan bermodal RM50 yang dipinjam dari ayah mertua. Aroma dan citarasi unik teh wangi ini menyebabkan teh wangi ros 888 sangat diminati dan kekal bertahan dari satu genarasi kepada satu generasi hingga hari ini.


Setahu BBL masih belum ada syarikat yang menawarkan teh wangi ros dalam pasaran. Tak hairan la teh wangi ros 888 sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia di kedai mamak atau kopitiam. Kini produk keluaran syarikat 888 Tea & Coffee meliputi teh wangi, teh tarik dan kopi telah berjaya di export ke negara luar termasuk China, Singapura, New Zealand, Australia dan beberapa buah negara lagi. 

BBL sendiri tertarik dengan revolusi pakaging 888 Tea & Coffee dari awal penubuhan hingga saat ini. Retro betul kotak teh zaman 80an kan.


Selesai sesi taklimat, kami dibawa tour ke kilang memproses 888 Tea & Coffee. Jangan tanya kenapa tak ada gambar memang rules dilarang mengambil gambar dalam kilang. Apatah lagi selfie..

rumah kedai asal tempat 888 Tea & Coffee memproses produk sebelum berpindah ke tapak kilang sekarang yang terletak bersebelahan saja

Kebanyakkan daun teh 888 Tea & Coffee diimport dari beberapa negara Asia seperti Indonesia, Vietnam dan India. Manakala abstrak wangian ros dari New Zealand yang menggunakan ros sebenar bukan pewangi tiruan ye. Sebelum pulang haruslah beli teh wangi ros 888 sebagai buah tangan pulang ke KL.


Lagi pun teh wangi ros 888 bukan saja sesuai buat minum petang malah boleh enjoy setiap masa dengan apa jua hidangan. Nak makan beefstick dengan teh wangi 888 pun boleh. Bertambah selera bila bau teh wangi ros semerbak. Anda boleh dapatkan teh wangi 888 atau produk keluaran 888 Tea & Coffee di pasaraya berhampiran hari ini.

Headquarter & Factory 888 Tea & Coffee
57, Main Road, Sungai Lalang,
08100 Bedong, Kedah, Malaysia.
Tel: +604-442 2020
Fax: +604-442 9588

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici