Tunggang Kuda, Jala Ikan & 2 Akviti Best Boleh Buat Di Kg Raga, Yan Kedah

7:50 AM

Balik kampung oh balik kampung..kalu balik kampung halaman mesti rasa tak best sebab tak banyak entertainment boleh buat. Sebenarnya anda silap kerana ada bermacam perkara cuba sepanjang duduk kampung. Salah satu lokasi #TravelogueMalaysia edisi Kedah ialah singgah ke Kampung Raga, daerah Yan. Kira-kira 44 kilometer, lebih kurang 54 minit drive dari bandar Alor Star melalui lebuhraya PLUS.


Selain terkenal dengan tarikan homestay dengan persekitaran alam semulajadi dan suasana kampung sebenar. Ini empat aktiviti best korang boleh buat di Kg Raga.

1. Tunggang Kuda 
Kat Stuff Farm Kg Raga anda boleh melihat telatah kuda dan memberi makan kepada haiwan ini. Jangan lepaskan peluang menunggang kuda. BBL sendiri teruja dapat tunggang kuda buat pertama kali seumur hidup. Tak sangka seronok pulak jadinya. Boleh berangan persis Robin Hut gitu.

amboi manjanya awak nie.. 


2. Belajar Buat Kuih Karas 
Ha bukan kuih caras okay. Salah satu kudapan tradisional masyarakat Kedah. Cara nak buat cukup mudah - cuma bancuh tepung beras & air. Hasilnya cukup sedap, crunch & manis. Malah kami belajar membuat 'sarung baju' buah. Maaf dah lupa apa namanya.


Biasa pekebun balut buah nangka, cempedak dengan kertas atau baju buruk kan. Dengan sarung dari ayaman daun kelapa lebih bagus sebab hasilnya kat kulit buah akan nampak jalur-jalur ayaman. Jangan terkejut benda alah ni boleh mengembang ikut saiz buah. Tak silap orang asli selalu guna untuk bawa balik hasil hutan.


3. Jala Ikan 
Betapa indahnya kampung Raga, tambah lagi anak sungai belakang rumah. Sempat juga team #TravelogueMalaysia belajar menjala ikan sungai. Nampak senang tapi time nak tebar jala boleh tercampak masuk dalam sungai. Hahaha selain dari tu, lepak atas jambatan tengok anak-anak kampung mandi sungai pun seronok. Rasa nak join sekaki rasanya. Air pun bersih jernih.


4. Mandi Air Terjun Puteri Mandi
Salah satu tarikan alam semulajadi paling disukai mestilah mandi air terjun. Dapat berendam dalam air sejuk time panas tengahari sambil makan goreng pisang cheese memang syok habis. Malah air terjun setinggi lebih kurang 7 tingkat ini sangat mengasyikkan terutama tika waktu siang kerana anda boleh melihat air terjun turun dari level atas ke bawah. Best betul datang Kampung Raga ni.

ni tangga kenari menuju ke Gunung Jerai

Soal penginapan usah risau kerana ada banyak pilihan homestay untuk anda pilih dalam Kampung Raga. Tidak cukup dengan itu, penduduk di sini turut membuat program anak angkat bagi pelajar sekolah mahupun mahasiswa yang ingin merasai sendiri kehidupan kampung. Boleh roger contact berikut

KAMPUNG RAGA
Yan 06900, Kedah Darul Aman

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici