6 Barang Mesti Bawa Sebelum Ke Pantai

10:51 PM

Assalamualaikum & hello korang, 

BBL suka pergi pantai terutama pantai negeri Terengganu sebab cantik. Lagi nice bila cuaca elok dan keadaan angin sempoi. Dapat berkelah dengan family bawah pokok rhu sambil makan mee goreng, fuh rasa bahagia kenyang baring. Well BBL tahu rakyat Malaysia memang suka aktiviti pantai tak kisah la nak mandi manda, berkelah, bbq atau saja ambil angin tapi 5 barang ini mesti bawa sebelum sampai ke pantai.


6. Selipar getah

Tinggalkan kasut tumit tinggi, kasut lofers atau sneaker korang tu  dan pakai selipar getah ni kat pantai. Selain selesa, tak mudah putus malah sesuai untuk anda berjalan atas pasir atau tepi gigi air pantai. Yang penting ada bermacam color..


5. Cermin mata

Lindungi mata dari sinaran matahari dengan cermin mata hitam. Lagi pun kalu pose ootd pakai sunglasses terus lagi lagi kacak/cantik. Baru syok berjalan tepi pantai acah-acah macam artis gituh.


4. Topi 

Aksesori topi sangat penting untuk protect muka dari cahaya matahari terik terutama di pantai. Lagi-lagi waktu tengahari hingga ke petang. Yelah mesti nak tunggu sunset kan..selain tu topi berfungsi mengelakkan rambut berterbangan bagi wanita rambut panjang.


3. Beg pelindung telefon

Bagi korang yang bercadang nak buat aktiviti air seperti snorkeling, main bananaboat, jetski atau mandi air pantai..beg waterproof ini sangat membantu melindungi telefon dari dimasuki air atau pasir. Jadi tak ada masalah nak bergambar dalam air.

2. Tuala

Ha ini sangat mustahak untuk keringkan badan korang lepas bermain air atau berenang. Tak kan nak baring atas pasir pantai macam ikan masin untuk keringkan badan. Jadi bawa tuala mandu untuk lap badan sejurus selepas habis mandi air pantai


1. Sunblock

Semestinya paling penting sekali dan tak boleh tertinggal ialah sunblock. Nanti tak pasal-pasal sunburn dek berjemur panas matahari pantai. Bukan setakat pergi ke pantai malah sebarang aktiviti luar yang memerlukan korang berada bawah matahari seharusnya sapu sunblock terlebih dahulu.


Pastinya sunblock jenama Sincerity menjadi pilihan BBL untuk melindungi kulit badan, leher, tangan dan muka dari panas terik matahari. Sincerity Sunscreen Lotion with Vitamin E SPF50+ ini bebas minyak. Paling penting cepat meresap dan kering. Sesuai untuk BBL yang tak berapa suka lotion sunblok berminyak lepas sapu.

Saiznya kecil dan comel senang nak sumbat dalam beg waterproof. Malah sunblock ini tahan 4 jam dan water resistant. Means incase selepas korang berenang dalam air laut atau swimming pool tak payah dah kena sapu lagi. Jimat kan. 


Cara penggunaan sangat senang, cuma goncang dahulu kemudian sapu pada bahagian terdedah pada cahaya matahari seperti muka, leher, lengan, tangan, kaki atau bahagian belakang badan. Eloknya sapu 20 minit sebelum korang expose pada matahari dan bukannya sapu sunblock terus pergi berlari tepi pantai. Juga sesuai untuk sebarang aktiviti seperti berbasikal, berlari, bersukan, atau anda yang pergi kerja dengan motorsikal. 

Oh ya, produk Sincerity ini diasaskan oleh Michael Sperber, lulusan Universiti Rhodes dengan ijazah dalam bidang Farmasi & Kimia. Beliau juga ahli Persatuan Ahli Kimia Kosmetik Australia. Sebagai pakar kimia kosmetik yang dihormati di universiti dan kolej serta diiktiraf hingga peringkat antarabangsa sebagai pakar masalah kulit dan rambut, penjagaan dan rawatan. Semua produk Sincerity dikilang di Austaralia dan pastinya kualitinya tidak perlu risau lagi. 


Tempoh hari BBL pergi habiskan annual leave kat Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Perak just bawa sunblock ni. Off course kawasan pantai Lumut mengadap Pulau Pangkor tu panas lit-lit. Nasib baik dah sapu lotion sunblock Sincerity...tak lah terbakar sebab kena panas matahari tu. 

Anda boleh beli sunblock Sincerity ni melalui whatsapp 0169237439 atau  Facebook.com/SincerityTreatmentSkincare

You Might Also Like

19 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. All this is a must Wei if I go travel else I will just hide in room.. lol... Love your sharing so much

    ReplyDelete
  2. sunscreen tu memang wajib la. kalau tak nak ada pigmentation, kulit berkedut sebelum usia, memang kena pakai sunscreen bila nak menghadap cahaya matahari

    ReplyDelete
  3. hahahaha yesss sunblock is a must. and need to look at their spf level etc etc to make sure that we are really protecting our skin, otherwise overexpose to sun for a long time will cause skin cancer.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips. Whenever I go to beach, I will never miss these items. Very important when go to beach.

    ReplyDelete
  5. Paling best tu naik pelampung unicorn. Anak sure teruja tengok unicorn besar ni. Sunblock penting sebab takde la nak bagi kulit kita macam kena Barbeque tu. Boleh melindung kulit dari cahaya matahari.

    ReplyDelete
  6. sunscreen tu memang penting! dulu pernah tak pakai langsung lepas tu berjemur lama. Seronok sekejap lepas tu badan mula merah-merah dan pedih. Haaa rasakan. Haha. Tapi sebenarnya kalau tiada perlindungan, ada possibility kanser kulit juga (nauzubillah) jadi better mencegahnya kan.

    ReplyDelete
  7. menarik nmpknye sunblock tu...so tk heran la bole lepak kt unicorn floater tu di tgh panas terik kan hehe....mmg brg2 yg dinyatakan tu perlu sebelum ke pantai

    ReplyDelete
  8. Thanks sharing tips menarik ni. Bagus lah sunscreen tu, tahan lama dan kalis air. Terbaik sangat guna time main pantai.

    ReplyDelete
  9. Kan..pantai di Terengganu memang cantik. hehe..blk kg mesti wajib pergi pantai. Tapi dlm 5 bnd tu, towel dan selipar getah je yg kami nawa hehe

    ReplyDelete
  10. Jangan lupa bawa extra seluar kecik hahaha. Yang penting adalah sunblock kan - sebab nak jaga kecantikan dan kesihatan sekali.

    ReplyDelete
  11. Bagus info nie Marou !! Walaupun dah biasa nak ke pantai or bermandi manda tapi selalu lupa. N yess, sunscreen mmg sangat2 penting utk elakkan dari sunburn dan juga UV matahari. Sincerity sunscreen nampak macam satu produk yg bagus utk guna. Nak try jugak lah

    ReplyDelete
  12. Sunblock memang antara benda wajib bawak pun. Untuk daily skincare routine pun memang emi pakai sunblock.

    ReplyDelete
  13. hehe thanks for the checklist. I must bring sunblock when for to the beach too. the UV rays is so harmful to the skin so better be protected.

    ReplyDelete
  14. Yup betoi betoi..macam2 kena bawak bila ke pantai..yg penting sunblock..tak dak sun block tak keluar le ke pantai..tunggu redup baru keluar..hahaha

    ReplyDelete
  15. I'll never leave home without sunscreen, it is a must have especially when we go to the beach where the sun is the strongest.

    ReplyDelete
  16. Hai BBL. first. nice to meet you. I followed your blog here. Wow, great Entry content. Love it. Thanks for sharing the tips. Actually, what you listed is so damn true. I need all that things when I go to the beach. And the sunblock. Yeah. its really important to take care pur body from the UV. I always bring that one whenever i go.

    ReplyDelete
  17. Yeah semua barang tu semua penting bila nak pergi ke tempat air atau pans.. Sunblock tu memg perlu sangat. .Taknak sunburn. .Nice suhnblock. .Packaging comel. .Hehhe

    ReplyDelete
  18. Never heard of this brand bfore... But for sure we need sunscreen to protect our skin from harmful uv rays.

    ReplyDelete
  19. penting tau sunblock tu. jangan main-main. bagus pesanan ni, boleh buat checklist setiap kali nak ke pantai. bukan apa, tak nak hitam sebenarnya!

    ReplyDelete