Review : Disney Frozen - Anna & Puteri Salji BM

2:24 PM

HANGAT! Adakah orang tersayang terpedaya dengan produk ini
HANGAT! Khas buat pengguna Celcom
HANGAT! Code game dalam aiskrim 




Assalamualaikum semua. Fuh penat ketawa dalam panggung tadi.
Memang tak rugi datang tonton Frozen : Anna & Permaisuri Salji.
Bagi korang yang dah tengok filem animasi Rapunzel & Wreck-It Ralph,
jangan lupa saksikan filem Frozen ini, memang di jamin puas hati.
Nak lagi best tonton dengan 3D Max.

Al-kisahnya, filem Frozen sebenarnya dalam versi bahasa English,
tapi Malaysia salah sebuah negara dipilih menayangkan Frozen dalam 2 versi,
iaitu Bahasa Melayu & English bermula 28 November 2013.
Tak silap dah banyak movie Disney di alih ke bahasa Melayu.

Untuk versi BM ni, selebtriti famous telah dipilih untuk memegang watak: 

Liyana Jasmin sebagai Puteri Anna
Marsha Milon Londoh sebagai Puteri Elsa
Ray Era FM sebagai orang salji bernama Olaf

Sinopsis Frozen

Mengisahkan tentang penggembaraan penuh aksi epik Puteri Anna 
bersama sahabatnya, Kristoff & seekor kuda, Sven - kuda ni lawak 
dalam proses mencari kakaknya, Puteri Elsa.
Puteri Elsa di anugerah kuasa luar biasa dengan tangannya & telah mengunakan kuasanya
menukar seluruh negara Arrendell bertukar menjadi musim sejuk buat selama-lamanya
secara tidak senjaga demi menjaga adiknya, Puteri Anna.
Iklan- Fuh best main salji puas-puas, yahoo.. -

 Perubahan cuaca tersebut menjadikan perjalanan Puteri Anna & Kristoff 
bertambah sukar & menempuh pelbagai cabaran sehinggalah mereka bertemu
dengan Olaf, orang salji yang sangat kelakar & ada impian untuk jemur di tengah panas.

Pengembaraan mereka makin kelakar bersama Olaf sampai BBL menitis air mata
dek ketawa sakan dalam panggung tapi mampukah Puteri Anna
 mengembalikan negaranya kepada musim asal?
Kalu nak tahu korang kena tengok sendiri ending cerita Frozen : Anna & Permaisuri Salji
di pawagan berhampiran. Check it out ya!
Jangan lupa bawa sekali adik-adik. 


Bagi BBL, Frozen sangat menarik sebab Puteri Anna selalu menyanyi &
 banyak scene menyanyi antara adik & kakak. Soal grafik fuh terbaik setaraf Tangled.
Baju Puteri Salji paling cun habis. 



Apa pun terima kasih kepada Klips untuk tiket wayang percuma ini.
Lepas ni boleh join lagi premier movie.

Ini lagu 'Let Go' bahasa melayu oleh Marsha Londoh 




BBL ~ let ot go
[^.^]

HANGAT! Adakah orang tersayang terpedaya dengan produk ini
HANGAT! Khas buat pengguna Celcom
HANGAT! Code game dalam aiskrim 


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di... 

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Oh movie ni lah yg Demi Lovato ada nyanyi lagu tema tu kan?...

    ReplyDelete
  2. Demi Lovato nyanyikan lagu "Let It Go" untuk versi pop (atau versi single). Idina Menzel nyanyikan lagu itu untuk filem sebab beliau yang memegang watak Elsa.

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL