Telefon Percuma MyEG Dah Sampai

5:27 AM

HANGAT! Sekarang musim angin kuat kena main layang layang la

HANGAT! Apa boleh buat dengan 20sen?



Alhamdulilah, tuah BBL agaknya bila permohonan telefon percuma untuk belia berjaya 
& telefon Ninetology Mini Pearl dah selamat sampai.
BBL isi borang tersebut pada September 2013 selepas baca entri di blogger hasrul hassan.
Fuh hampir 6 bulan baru dapat telefon ni. Penat tunggu telefon free ni.


Pada bulan Januari 2014 BBL ada terima email dari MyEG Services Berhad.
Excited punya pasal terus hantar salinan kad pengenalan melalui email.
Terbaru 7 Mac BBL terima panggilan dari MyEG tentang BBL akan menerima telefon tersebut & boleh di tuntut di pejabat MyEG Dungun.
Semalam dapat call sekali lagi dari MyEG suruh datang ke pejabat ambil telefon Ninetology.


Sama seperti di tawarkan oleh pihak MyEG, permohonan berjaya akan mendapat
sebijik telefon Ninetology Mini Pearl bersama pek sim kad Xpax.
Tak silap telefon ni berharga RM299 atau mungkin lagi murah.

Spesifikasi telefon Pearl Mini


kecil-kecil cili padi

1. Boleh diguna 2 sim dalam satu masa
2. Siap ada wifi nak whatsapp & wechat
3. Andriod 2.3 ( ini sedih)

Tak kisahlah kalu korang cakap telefon ni murah tetapi bagi BBL
cukup seronok sebab memang ada niat nak beli telefon lain untuk
di jadikan telefon kedua sekadar khas untuk kegunaan office.
Tak nak campur urusan kerja & urusan duniawi dalam Samsung Mega.


Setakat ini masih kekok nak dail telefon. Dari dah terbiasa skrin besar 6 inci 
mesti terkial-kial nak touch skrin 3.5 inci. Ada blogger merungut tentang pemberian 
telefon ini adalah satu spam & tidak wujud tapi blogger Along pun ada terima telefon percuma ni menerusi entrinya


Terima kasih MyEG untuk telefon percuma ni.
Tahun ni mohon bagi iPhone pulak.

BBL ~ adik kepada Mega
[~.~]

HANGAT! kastam Malaysia nak berperang dengan siapa
HANGAT! orang ipoh mesti berbangga dengan kopi ni

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. dapat percuma tu..memang terbaik.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaaaaaaa hihihi. Alah. Biar je org yg kata spam tu. NI ha dah terbukti ye dak? Hehe.
    Comel nyaaa kecik je hihi.

    ReplyDelete
  3. Wahh, bestnya dapat phone free!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalam,nak tanya sy pun dapat juga phone nie. smkad Xpax tue kte mmg kne guna gak ke? tak guna tak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot... saya dapat simkad yang dah expired sebab die register bulan november tahun lepas, bulan 3 baru saya dapat simkad tu...

      Alongxp

      Delete
    2. sama la..sy pun dpt bln nov13 gak. abes tue awk pkai la no Xpax nie? kalu dah xpired kira mcm mn plak? dorg bg no lain ke atau kte kne g celcom active kn? sb smlm baca kt satu blog tue dia kne g centre celcom.

      Delete
  6. Wa..bestnya...bateri ninetology nie tahan berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang saya pakai ni, paling cepat habis 24 jam, paling lama 48 jam...

      Delete
  7. okla bbl dapat emel januari, saya dapat november... simkad pon dah expired dah... takut gak masa pegi tu kot2 diorang kata stok takde, nasib baik ada... hehehe

    Alongxp

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nak tnye sim kad tu dia dh register kan ke or kite register sendiri?

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL