Merah Mak Jemah Konsert RED Tour Taylor Swift live in Kuala Lumpur

6:55 PM



Pertama kali BBL pergi konsert road tour artis memang sangat excited lebih-lebih tiket konsert percumaTaylor Swift RED Tour Live in Kuala Lumpur 11 Jun lepas. Lebih kurang pukul 4 petang dah sampai di Bukit Jalil dengan LRT dari Cheras. Waktu pun dah ramai peminat Taylor Swift atau Swifties. Sementara nak pintu gate dibuka, sempat jalan-jalan ke booth sekitar luar stadium seperti Hotlink, AIA, Toyota & beberapa gerai menjual t-shirt Taylor Swift. 


Perasaan lagi excited sebab kerusi RED Zone dekat dengan stage. Besar harapan nak tengok Taylor Swift depan mata tapi time konsert semua angkat smartphone & tablet nak rakam video. State of Grage menjadi lagu pembuka konsert. Waktu tu bising yang amat sangat dek semua jerit Taylor Swift kuat-kuat. Kemudian lagu Holy Ground & Red di nyanyikan. Hilang suara menyanyi lagu Red padahal Taylor Swift relax je, fans pulak axcited nyanyi.


Paling best Taylor Swift tau cakap "Terima Kasih" & "Selamat malam", mungkin dia belajar dengan Google Translet . Apa lagi menjerit satu stadium. Bayangkan 10, 000 orang menjerit sampai nak bergegar stage. Kemudian lagu 22 di mainkan di ikuti lagu Mean. Cantik betul Taylor Swift dengan gaun merah sambil menyanyi lagu The Lucky One bersama penari. 


Selasai persembahan tersebut, Taylor Swift tampil dengan baju 'I Love KL' meneruskan persembahan lagu hit You Belong With Me, Enchanted & Sparks sambil menari manja. Seriuz Taylor Swift sangat comel kadang-kadang nampak nakal di atas pentas.

Akhirnya dapat jugak dengar Lagu Love Story secara live, lagu ni memang rare sejak tahun 2008 lagi & lagu You Belong With Me sebagai penutup tirai konsert selama 1 jam 20 minit. Konsert ni dah best tapi bila fans nyanyi lebih-lebih dari penyanyi memang tak umph, walaupun letih mengadakan konsert sehari sebelum di Singapore namun tak nampak Taylor Swift letih cuma ada beberapa part dia termengah berlari-lari.


Ini video penuh konsert Taylor Swift RED Tour Live in Kuala Lumpur



Sekitar konsert Taylor Swift.



Seronok walaupun banyak dengar suara artis bawah stage termasuk BBL. Itu saja ulasan untuk konsert Taylor Swift live in Malaysia. BBL bagi 4 bintang untuk road tour kali ini.

BBL ~ terbaik
( ̄ー ̄)


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL