The ULTIMATE FAN Event Taylor Swift

10:04 PM


Sabtu lepas BBL pergi redeem tiket konsert Taylor RED Tour live in Kuala Lumpur di Publika. Pertama kali pergi Publika naik teksi sebab risau salah jalan nanti. Tambang pun murah, RM15 dari Stesen LRT Kelana Jaya. The ULTIMATE FAN Event ini hanya kepada pemenang tiket konsert TS melalui RED APPS. Apa tu RED APPS boleh rujuk di sini.


Jam 10 pagi baru sampai di Publika. Sampai terus beratur untuk masuk ke The ULTIMATE FAN Event. Waktu pun dah ramai pemenang lain beratur untuk claim tiket tapi but first lets play game untuk collect macam-macam hadiah. 


Paling havoc, ada lucky draw menang sepasang Tiket RED Zone dengan upload gambar event di instagram. Dah la menang tiket konsert, ada rezeki menang double tiket tapi hari tu rezeki BBL tak luck. Sedih wa..


Di pentas utama ada contest mengenai Taylor Swift. Kiranya nak uji sama ada betul-betul peminat setia Taylor Swift atau tidak. Soalan pun senang macam exam UPSR tapi kalau dah nervous memang tak ingat apa pun. Akhirnya sorang peminat berjaya menang hadiah utama iaitu baby gitar dengan tandatangan Taylor Swift, Backstage Pass, tiket konsert RED Zone & merchandise lain. Tahan gelak tengok dorang terkial jawab soalan.


Penat main game sampai habis sunburn lengan, barulah pergi redeem tiket. Fuh tiket RED Zone barisan depan tu. Cun habis. Terim kasih Hotlink untuk hadiah ni. Berbaloi 8 tahun kekal aktif bersama Hotlink.


Ini antara hadiah penat-penat main game. Baju LiveLifeLoud, tshirt RED Tour Taylor Swift & gelang getah RED Tour. Baju tu kena otter dulu baru boleh pakai sebab size S orang Amerika. Maaflah tuan tanah body saiz Asia.


BBL ~ red..reeeddd.
( ̄ー ̄)


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici