Jalan-Jalan Ke Bukit Gambang Waterpark Kuantan
3:00 AM
HANGAT! ~ Tengok ni cepat
HANGAT! ~ Dah tengok muka zizan razak buat lawak?
Dah lama tak buat entri Jom Jalan Jalan Bersama BBL. Untuk edisi kali ini, BBL akan review taman tema Bukit Gambang Water Park di Kuantan. Untuk ke Gambang Waterpark, boleh rujuk peta di bawah, kan sesat masuk felda pulak.
Ini pengalaman masuk ke Gambang sangat seronok bila tengok suasana hutan & bukit sekeliling taman teman. Selepas parking, terus ke kaunter untuk beli tiket. Kadar bayaran setiap pengunjung seperti berikut. Murah je pun.
Dewasa : RM 25.90
Kanak-kanak : RM18.90 (kanak-kanak 12 tahun ke atas)
PERCUMA jika kanak-kanak bawah 90cm
Promosi student RM22 (sila bawa kad pelajar)
Kemudian korang akan melalui 'pintu imigresen'. Di sini semua beg akan diperiksa. Dah macam nak naik flight. Nasihat BBL, bawa baju basah, baju kering, tuala, minyak wangi, beg duit & air mineral sahaja. Semua makanan akan dirampas seperti terjadi pada BBL. Punya sekuriti selongkar beg nak cari mamee dalam beg. Kan dah kena rampas (boleh minta balik sewaktu keluar).
Gambang Waterpark adalah taman tema pertama tanpa duit cash. Maksudnya korang kena "topup duit' pada gelang tangan untuk sewa pelampung, beli makan minum & sewa lokar. Cadangan topup RM50 atau lebih. Baki akan dipulangkan nanti. Pertama, sila topup RM50 untuk bayaran pondok Wooden Cabana. Itu satu keperluan untuk melepak atau tidur selepas penat main air. BBL sewa Wooden Cabana di Coca Beach berhadapan dengan pantai buatan manusia. Syoik habis main pasir depan pondok ala-ala Bali. Sewa pelampung DoubleTube untuk 2 orang RM 20.00 untuk main game gelongsor air ya.
Ada banyak permainan air boleh korang cuba. Game pertama BBL try mestilah 6 Lanes Race yang di iktriraf The Longest in Malaysia. Memang nak tercabut hidung bila turun dengan board. Sesuai untuk merempit edisi air. BBL naik sekali je sebab gerun laju sangat.
Lepas tu jangan lupa main Family Raft Ride terpanjang di Malaysia. Satu raft boleh muat 6 orang. Jerit sepuas hati biar terkejut orang hutan. Sangat best & adventure. Pusing 4 selekoh tajam tak silap hampir nak melambung badan. BBL try dua kali sebab tak puas main sekali. Korang nak lagi hapening, cuba Galaxy Slide. Terowong air 70% gelap gelita. Fuh memang menjerit je kerja sampai ke bawah. Crystal Line tak kurang hebat sebab berpusing-pusing sampai naik pening kepala.
Penat naik tangga turun gelongsor, boleh melepak ala mat salleh Malaysia di Coco Beach dengan ombak buatan manusia. Siren akan berbunyi untuk gelombang ombak. Ambil glasses baring atas Tube dengan ombak beralun.Lapar asyik main air & pasir, Gambang Waterpark ada menyediakan cafeteria untuk korang makan cuma harga makanan agak mahal. Contoh air teh susu ais berharga RM2.50. BBL beli 3 kali sebab tak hilang dahaga panas baham matahari.
Untuk kanak-kanak, boleh bawa mereka bermain air di Penguin Island. Di Aqua Play ada satu tangki besar mencurah air apabila penuh. Fuh banjir sekejap. Atau boleh menyusuri Lake View Terrace bersama pelampung anda. Untuk muslim, jangan risau kerana surau ada tersedia untuk kewajipan bersolat. Main air pun jangan lupa solat sudah.
Bila badan dah penat, boleh tidur sebentar di bawah pondok Wooden Cabana. Tak panas sangat & nyaman udara bukit meniup badan. Dah puas bermandi manda, bilik persalinan ada disediakan bersama bilik mandi untuk korang bersihkan diri.
Naik ke lobi bangunan, jangan lupa refund baki dalam gelang tangan. Ada banyak machine untuk korang check balance.
Jumlah perbelanjaan :
Sewa Deposit Jumlah
(akan dipulangkan)
Cababa (Coco Beach) RM 40.00 + RM10.00 = RM50.00
Double Tube RM10.00 + RM6.00 = RM20.00
Plastik baju basah RM1.00 dua helai = RM1.00
Baki deposit = RM5.00
Itu pengalaman sangat menyeronokkan sebelum berpuasa. Air pun bersih & suasana sangat hapening dalam hutan hijau. Kalau ada masa terluang, jangan lupa singgah mandi bermain air di Gambang WaterPark Kuantan ya.
Untuk maklumat lanjut sila layari :
BBL ~ stay cool get wet
o( ̄ρ ̄)o
HANGAT! ~ Ikan, sayur, buahan & Mickel Jackson?
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
16 Budak Suka Minum Bandung Laici
huuurm sungguhlah syok before puasa mandi mandi sakan..
ReplyDeleteCT banyak kali ke kuantan tapi tak pernah singgah sini. maybe insyallah next trip :D
nice info..
nanti ada masa, singgahkan diri ya
Deleteadeh.
ReplyDeleteorg kuantan pn blum pernah masuk cni.
hahaha.
bila ntah nk masuk.
pakat-pakat dengan kawan pergi Gambang Water Park
Deletemenariknyaa.. suka sgt main air.. ada rezeki konfem husna try semua, hahaha..
ReplyDeletehebat strategi diorang.. pandai kutip untung..
pergi weekend lagi ramai, confirm penuh orang dalam air
DeleteTahun lepas company buat annual dinner kat Gambang Resort nie... dapat la masuk free kat water park nie... :D syiokkk...
ReplyDeletesyok habiskan. tak puas berendam dalam air
Deleteseghonok seghonok...kihkih :) dah lame xg waterpark nih..
ReplyDeletelepas raya boleh pergi ramai-ramai dengan anak buah
Deletewah bestnya, tak prnah pergi lg kuantan,teringin sangat nk prgi tmpat mcm tu.. main-main. tp ayah ika xsuka prgi tmpat mcm tu, sdehhh :( kena smpan jela niat tu tnggu p sndiri..hihi
ReplyDeletebuat la trip dengan kawan-kawan pi Gambang Water Park
DeleteBBC..macam mana nak booking wooden cabana tu ek..bulan 12 ni nak kesana
ReplyDeleteBoleh hubungi Gambang WaterPark Resort di talian +609-548 8000 atau nanti pergi je Gambang Water Park baru sewa.. tak payah nak booking sebab memang wooden cabana tu banyak
DeleteBBC nak tanye baju nak mandi boleh pkai baju tshirt n sluar trek tak?
ReplyDeleteboleh.. itu hak pengunjung nak pakai apa untuk mandi
Delete