5 Sebab Rumah Terbuka Raya Nuffnang #NNRaya 2014 Super Ohsem!

1:49 AM




Assalamualaikum & hello there!

Sabtu lepas BBL telah dijemput ke rumah terbuka Nuffnang Raya 2014 bertempat di Wanaka the Bungalow, Damansara Heights. Excited punya pasal BBL study jalan nak pergi Wanaka, itu pun sesat kejap sebab cari main entrance rumah ni. Ini kali pertama Nufnang mengadakan rumah terbuka raya #NNRaya tapi tetap awesome 5 bintang! Nak tahu kenapa? Baca sampai habis.

1. Nuffies + Nuffnangers = kosong-kosong

#NNRaya 2014 dihadiri oleh ramai blogger termasuk senior-senior Nuffies. Bertema hari raya semua tetamu kacak & cantik dengan baju raya masing-masing. Siapa tak excited nak selpie together gether dengan selebriti blogger & newbie blogger sambil memohon maaf. Antara blogger BBL jumpa ialah : 


Dari kiri Mommyeiman, sayaaiday, redmummydotcom, cik ayu, BBL & suami kak red


Okay ready smile bersama Farahwahyda, Helmyunus, ikhramanilwanina


Paling mencuri tumpuan mestilah si comel, Yuyu Zulaikha yang sarat mengandung 8 bulan. First time BBL jumpa Yuyu alahai kecik tomel tuannya bersama suami. Selamat menjadi ibu Yuyu bulan depan. Bila dah jumpa geng, kami berpesta selfie maklumlah biasa tengok muka dorang dalam entry blog je.


Spotted si cilik comel Fightertiah anak Audrey aka Fourfeetnine & Adam, anak Namee Roslan bersama papanya. Tetamu selebriti blogger lain termasuklah MelastikbintangNamee Roslan, Abang Nara, Cik Epal, SyedGraphix, Jaehashim, mahamahu, ayuejean, byrawlins, syafiera lewis & ramai lagi tak cukup 1 enty nak list. Bak kata orang 1 Malaysia kan, semua kaum ada datang memeriahkan rumah terbuka #NNRaya ni. God jobs Nuffnang!

2. Berbakul-bakul hadiah

Majlis #NNRaya 2014 telah dihoskan oleh Andrian (kacak berbaju melayu pink tu) turut disponser oleh Umobile, Ambi Pur , WOWPhotobooth & CaramabyCastrol. Banyak sangat game BBL join seperti Call to Win & Showdown by Ambi Pur. Fuh bergadingan bersama Aiday paling seronok, yang penting Ayu pegang watak ibu dalam drama Mak Nak Raya bersama Ambi Pur. Seriuz lawak bila teringat balik. Rezeki kami bertuah menang tempat ketiga. Yahoo dapat goodie-goodie dari Ambi Pur. 


Oh lupa, semasa pendaftaran kami diberi sekeping kad mini game seperti main congkak & batu seremban, oh terasa raya kat kampung. Penat BBL turun naik tangga rumah Wanaka 2 tingkat untuk selesaikan semua game tu, paling hapening selpie tu wajib bila selisih dengan blogger. Bukan senang nak jumpa lagi kan.


Tetamu VIP petang itu ialah the CMO Umobile, Jasmine yang berbesar hati menjadi co-sponser #NNRaya. Banyak game & hadiah istimewa dari Umobile BBL dapat. Of course kenangan paling havoc bila BBL dapat buat panggilan hangit kepada classmate dengan  Umobile secara percuma selama 2. Cara nak dapat free call pun senang, just update tweet nak free call je. Lepas tu bermula modus operasi telefon kawan, cuak dia bila no tak kenal masuk,nasib baik angkat jawab. Kesian dia kena kelentong. 


Kalu korang nak tahu, Umobile turut menyediakan wifi hotspot secara percuma sepanjang majlis berlangsung, seriuz laju & pantas je upload gambar event ke instagram serta Facebook. Umobile terbaik! TheBestFree! . Setiap blogger yang membuat free call perlu menulis nama untuk luckydraw & guest what BBL menang topup Umobile bernilai RM50. Boleh call orang tersayang puas-puas. 


Untuk grand lucky draw ialah Samsung Galaxy S5 yang telah dimenangi oleh beuty blogger Umie Syafiera. Untung dapat makan free bawak balik S5. Tahniah tahniah bravo. 


Semua blogger tak pulang dengan tangan kosong je sebab Umobile dah sediakan buah tangan istimewa untuk setiap tetamu #NNRaya 2014. Dah macam benteng clash of clan 'buah tangan' tu.


Walaupun rumah Wanaka sesak dengan tetamu, tambah lagi asap kambing golek & live cooking, semuanya tak meninggalkan kesan bau kurang menyenangkan dengan adanya Ambi Pur #JomRefresh menwangikan #NNRaya. Harum semerbak satu rumah dek sembur dengan Ambi Pur & Febreze. Sampai kawan BBL spray kat baju sendiri tau. 


Memandangkan geng kami asyik snap gambar je dari petang sampai ke malam, rasanya tak lengkap tanpa group photo di #WOWPhotobooth & print on the spot #wowgram melalui hastag #NNRaya instagram. Menyesal tak print banyak-banyak. Terima kasih Wowphotobooth merakam aksi comel kami. 


3. Hapening sampai ke malam

Acara special petang tu adalah sesi live cooking bersama Kak Pilla. Mestilah sedap segoti Lontong sambal ikan bilis Kak Pilla, hanya di #NNRaya sahaja. Sayang betul BBL tak sempat nak rasa. Menurut tukang rasa, Lontong tu sedap siap ada mintak extra kuah. 


Sementara tunggu aktiviti seterusnya, sempat jugak BBL snap suasana sekitar rumah Wanaka. Kawasan rumah pun redup maklumlah rumah atas bukit kan.


4. Makanan sedap semuanya

Soal makanan jangan di pertikaikan, lengkap dengan seekor kambing golek bak hang. Yang pelik kambing tak rasa macam daging kambing. Inilah dia kambing dari Lubuk KambingAiday yang tak pernah makan kambing pun boleh makan siap tambah lagi. Even BBL rotate 2 kali sebab dapat part daging lembut so tak payah nak kunyah lama-lama. Menu lain seperti kek  Humble Beginnings Mille Crepe ,kuih muih, biskut raya, mee soup, lontong, & bermacam lagi terhidang untuk kami serang. Memang tak rugi datang rumah terbuka Nuffnang.



5. Senyum sampai ke pipi

Dari jam 3 petang sampai 8 malam, BBL tak putus senyum gembira kerana inilah masa dapat berjumpa dengan blogger &  Nuffies dalam suasana gembira meraikan Syawal. Okay, mengaku ada jugak malu-malu kucing nak tegur tapi bila dah berborak fuh habis satu rumah kami gegar dengan gelak ketawa. Tak tahan masing-masing tak nak kalah main game berebut hadiah dari Umobile, Ambi Pur & CaramabyCastrol. Biar pun penat mulut asyik makan & tangan asyik amik hadiah itu semua adalah memori terindah syawal ini. Terima kasih Nuffnang untuk jemputan ke rumah terbuka raya #NNRaya 2014. Jumpa lagi tahun depan!. 



Jangan lupa like fan page di bawah untuk promosi terkini :-

UMobile : www.facebook.com/umobile
Ambi Pur : www.facebook.com/AmbiPurMY
WOWPhotobooth : www.facebook.com/wowphotoboothmalaysia
CaramabyCastrol : www.facebook.com/CaramaCastrol

BBL ~ bateri telefon dah habis
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. banyaknye dapat hadiah. syok la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua hadiah dari sponser Umobile, AmbiPur, WOWPhotobooth & CaramabyCastrol

      Delete
  2. Woooo! Banyaknya hadiah dapat.. Nape akak dapat sikit jer? Huuuu.. Yang gambar wowphotobooth umobile tu pun akak takde.. Tak perasan pulak.. Tapi rugi tak dapat stay sampai malam sebab hubby akak ada keje.. Terpaksa balik awal... Huuuu.. T_T
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe kak.. nanti ada rezeki pergi lagi event Nuff.

      Delete
  3. Meriah betul. Kalau dapat pergi ni rasanya byk tangkap gambar dari makan. Acara pun best2 pulak. Tp yg penting dpt kenal ramai blogger lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, ada rezeki nanti jemput join event nuffnang eh

      Delete
  4. mmg meriah bila join event nuffnang...untung la dpt stay smp mlm...ni kali ke2 #NNraya..thn lps akak join kt papa john pizza

    ReplyDelete
  5. Wahh, happynye BBL bila terpilih, seriusly tgk pic pn tau betapa meriahnye event tu,sedih.....>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki boleh pergi event nuffnang yang lain. amin amin

      Delete
  6. benda lain xnampak..nampak goodies je..hahaha..da abis blom? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain dah habis cuma dooublemint je ada banyak lagi

      Delete