Food Test : Pan Pizza Terbaru Pizza Hut

5:43 AM




Assalamualaikum & hello there,

Hari ni BBL nak buat food test pizza terbaru dari Pizza Hut Malaysia. Baru-baru ni Pizza Hut memperkenalkan Pan Pizza terbaru dengan jaminan sedap teramat. Jadi why not review sikit pizza ni.

Untuk testing, BBL pilih Hut Delight pilihan sama ada pizza atau pasta. BBL pilih pan pizza Super Supreme bersama Fizzy Berry & si kawan pilih Pesto Chicken Spaghetti. Semua ini hanya RM15.90 fuh jimat RM2.90. Set Hut Delight termasuk air soft drink (boleh tukar) & mushroom soup. 


Tu dia pan pizza super supreme, nampak nyum nyum tapi kena cuba rasa dulu. Komen BBL, kerak pizza lebih ngam, taste pun lebih padat dengan gandum, tak berkerak sangat, topping pun banyak & lebih sedap compare pan pizza sebelum ni. 


Fuh licin itu dah terlajak kenyang tapi bayangkan sedapnya kunyah roti pizza tu tak terfikir dah habis rupanya. Jangan lupa cuba Fizzi Berry cukup ummph bersama pizza atau pasta. Combinasi air 7Up, wildbery bersama lemon terasa masam manis. 


Korang kena cuba sendiri sedapnya pan pizza baru n. Memang berbaloi dengan payment bayar nanti. Kalu tak puas hati, Pizza Hut akan tukar pizza korang dengan pilihan pizza lain. Tal rugi boleh cuba banyak pizza. Jangan risau korang boleh take-away pan pizza serendah RM15 dengan kopun di bawah. Save dalam smartphone & tunjuk di kaunter sahaja, tak payah gunting/print kopun ni. Go green okay.


Dengan setiap pembelian pan pizza RM30 keatas dalam satu resit korang boleh masuk peraduan Eat&Win wang tunai RM1 000 setiap hari atau RM 10 000 untuk pemenang utama. Tuah ayam nampak di kaki, kot-kot korang boleh menang RM 1000 dah cun kan? 



Untuk maklumat lanjut boleh terjah laju-laju
Facebook Pizza Hut : www.facebook.com/pizzahutmalaysia
Laman web Pizza Hut : www.pizzahut.com.my

BBL ~ terasa nak makan lagi
o( ̄ρ ̄)o

HANGAT! Ini baru #HAVOC

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Terus teringin nak mkn pizza...aduhai....ko buat akak terliur la dik...

    ReplyDelete
  2. macam best je, baru je semalam makan domino, esok nak pi serang pizza hut plak, haha

    ReplyDelete
  3. Yeaa...kenyang dan puas dah makan pizza tadi..hehe

    ReplyDelete
  4. tadi baru makan pizza tapi tak try yang baru ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. mesti sedap tu, tak pernah mkn pizza.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah pan pizza, guna kopun RM15 untuk 2 personal pizza.

      Delete
  6. dah lama xmkn pizza..bikin hati cair bce entry nih

    ReplyDelete