Tutorial Daftar i-Akaun KWSP Untuk Hari Tua

6:09 PM



Assalamualaikum & hello there,

Entri khas buat anda yang ada akaun KWSP. Bawah umur tunggu korang kerja dulu ya. 

Semua pekerja di Malaysia kan wajib ada KSWP sebagai caruman untuk hari tua kan tapi tak ramai amik port mengenai jumlah simpanan dalam KSWP. Tau-tau tiap bulan majikan buat potongan gaji untuk dimasukan dalam KWSP tapi waspada kadang-kadang majikan buat potongan tapi tidak di masukan ke KSWP. Jadi sangat penting follow-up setiap bulan jumlah potongan & jumlah caruman majikan untuk anda. Ya, sama dengan BBL agak malas nak pergi pejabat KWSP tapi demi masa tua nanti terpaksa gagahkan diri jugak. BBL dah pindah rumah & alamat tak tukar jadi surat penyata KWSP tak sampai rumah. Hari ni BBL nak share tutorial daftar akaun i-KSWP. 

Langkah 1 : Dapatkan Kod Pengaktifan sama ada :

1. Pergi kios atau kaunter KSWP request  Kod Pengaktifan i-Akaun
 dengan menggunakan MyKad ATAU
2. Telefon Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000
 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang
3. Reka 6 Digit no Kod Pengaktifan (contoh: 123456)

Langkah 2 : Buka lama web www.kwsp.gov.my untuk pendaftaran

Langkah 3 : Cari button login i-Akaun & pilih Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama) & baca terma & syarat baru klik Setuju



Langkah 4 : Masukan no. MyKad & no Kod Pengaktifan tadi



Langkah 5 : Isi borang peribadi anda


*reka ID Pengguna baru
*reka Kata Laluan baru
*isi Soalan Rahsia
*pilih Gambar Online - ala macam Maybank2u tu
*reka Frasa Rahsia 


Langkah 6  : Dah siap



Korang boleh check penyata secara online, tak payah susah kipas cari parking pergi pejabat KSWP lagi lepas ni. Atau boleh download app EPF i-Akaun melaui Google Play. Fungsinya sama macam i-Akaun jugak hanya masukan ID Pengguna & password. Senang nak check baki akaun 1 & akaun 2 selain to make sure majikan buat caruman untuk anda. 

Download EPF i-Akaun di Google Play

Banyak kelebihan bila daftar i-Akaun termasuk update alamat surat penyurat, download borang penamaan pewaris, penyata KSWP serta kalkulator simpanan & pelaburan. Boleh rujuk di sini Kemudahan melalaui i-Akaun KWSP



BBL ~ nanti tua-tua boleh guna
\(❛‿❛)/



Ai tak kan baca sorang je, kongsilah dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici