Dan Bila Ke Watsons Store

4:35 AM


Assalamualaikum & hello there, 

Watsons Store dulu hanya kaum perempuan je monopoli sebab banyak jual produk kosmetik. Cuma beberapa tahun selepas itu baru ramai kaum adam dah terbiasa beli barang di Watsons selain teman isteri atau girlfriend beli alat mekap. Watsons choice terbaik bagi BBL sejak study diploma walaupun harga kadang-kadang mencekik darah compare kedai biasa. Okay mengaku malas nak beratur di Mydin Mart yang confirm panjang macam nak bayar tol. Solutionnya baik beli di kedai Watsons sebab aircond sejuk & customer pun boleh kira dengan jari. Apa barang korang selalu beli di Watsons? Ini antara barang wajib rembat bayar bila ke Watsons.

1. 21st Century - Vitamin C 1000mg



Mula amal vitamin ni selepas makan sebijik roomate punya. Rasa masam limau cuma apa syok vitamin ni korang kena keman atau hisap bukannya telan. Bagi BBL makan vitamin C dengan cara hisap lebih cepat meresap khasiat compare telan capsul terus tersangkut dalam perut. Bila korang cairkan vitamin C dalam mulut, semua zat jadi kecil & lebih mudah body hadam. Kini jerawat muka pun dah tiada even parut pun susah nampak. BBL makan pun sebab nak tambah imunisasi badan terutama nak elak deman. Alhamdulilah setakat ni susah nak deman kecuali terkena air hujan. Fuh sensetif air hujan.

2. Grape Seed Forte 1200



Ini satu lagi vitamin tambah wajib beli. Bagus untuk sel kulit muka & mata. Makan Blackmore kena balance dengan air kosong untuk kesan terbaik. Pil Grape Seed agak besar & kena telan terus. Cara nak cepat telan BBL makan dengan pisang tapi makesure jangan tergigit pil sebab pahit amat sangat rasanya. 

3. Exfloating Body Wash - Summer Berries Extract



Biasanya BBL guna body wash time mandi sebelum tidur. Baru lena tidur bila body bau sweet tapi jangan guna banyak sangat nanti semut datang tidur sekaki. Ada 4 jenis Extract termasuk Asam Jawa, Strawberry, Kiwi & Summer Berries. Jangan buat scrup sudah, akibatnya kulit jadi kering. Cukup hanya sapu biasa-biasa & bilas sampai bersih.

4. Men's Biore - Facial Power Wipes



Khas untuk muka lelaki selalu berminyak, wet paper ni memang terbaik. Guna je time perlu terutama bila outdoor atau travel. Wet tisue memang wajib bawa bila pergi kelas. Bukan apa, senang nak lap muka bila dah 2 jam dalam kelas. Naik berpeluh muka bila dapat kelas kipas biasa bukannya air-cond. 

5. PlayBoy VIP



Ini antara perfume fav BBL bila nak pergi kelas. Bau sweet + keras = tin tong kejap bila sembur banyak kali. Antara tempat biasa BBL selalu spot mesti di leher, lengan tangan & muscle lengan sebab itu tips promoter bagitahu. Yang tips sembur di muscle lengan tu boleh pakai jugak kadang-kadang. 

Lagi apa yang boleh beli di Watsons ya? Buat pelanggan Watsons, korang dah tukar kad VIP ke VIP Touch N Go? Baik pergi tukar sekarang dengan hanya RM6.00 & semua point lama terus transfer ke kad baru. Bila topup Touch N Go di Watsons pun dapat kumpul point & tiada caj 50 sen di kenakan. Jimat tu kan. Hujung tahun boleh redeem dengan cash. 


BBL ~ tukar cepat-cepat
(っ^ . ^)っ


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. selamat malam..mata mengantuk -_- tp sempat blogwalking ni...hehe

    ReplyDelete
  2. blog walked bagus lah lelaki pon kena jaga kecantikan

    ReplyDelete