1st Time Naik Bas Di Terminal Bersepadu Selatan

5:31 AM

Assalamualaikum & hello there,

Cerita ni dah lama tapi baru sekarang boleh update. 1st time BBL sampai di Terminal Bersepadu Selatan ( TBS) kat Bandar Tasik Selatan untuk attend event Perfecto Cafe Visit awal bulan Disember. Agak nervous sebab dah terbiasa turun & naik bas di Hentian Putra tapi dah tutup bermula 30 November lalu

Hebat sangat ke TBS?

Well, Terminal Bersepadu Selatan ni adalah hub pengangkutan bas ke selatan, terkini jadi gateway ke pantai timur. Terbaru korang boleh ke  destinasi utara dari TBS. Sistem TBS lebih kurang sistem airport, ada balai ketibaan & balik berlepas. Tujuaanya nak selesaikan masalah gejala ulat tiket, penipuan pembelian tiket bas & kelancaran sistem pengangkutan bas experess. Senang & selamatkan

Waktu mula-mula nak sampai TBS punyalah jem sebab highway sungai besi memang jem lepas office hour. Bila dah sampai, ingat bas terus ke loading bay tapi nak ke loading bay (balai ketibaan) bas kena tawaf satu TBS baru sampai area bus stop balai ketibaan. Bila dah sampai balai ketibaan sila naik terus ke balai utama. Baguslah buat sistem macam ni. 


Dari TBS ke selatan & pantai timur

Tutorial beli tiket bas di TBS ni BBL tak tahu sebab tak pernah beli direct di kaunter TBS. Setahu BBL kena tunjukkan kad pengenalan time nak beli tiket untuk rekod penumpang. Terbaru, korang boleh beli tiket bas samaada melalui kaunter tiket atau mesin layan diri. Bezanya kena sediakan duit secukupnya untuk vendine machine.

Untuk pengetahuan korang, data maklumat semasa pembelian tiket bas sangat penting sebeb bila bas dah sampai ke balai berlepas & korang tak naik lagi bas, pengumuman akan di buat supaya korang sedar bas dah sampai. Agak syok sendiri dengar announcement, "perhatian kepada cik Farah Adibah, bas anda ke Kelantan sudah berada di Gate 8. Sila ke Gate 8 dengan segera". 

Jika korang dah beli tiket pergi balik, cuma perlu tukar tiket tu ke kaunter penukaran tiket. Just tunjuk tiket sedia ada & nanti cik abang kacak jaga kaunter akan bagi tiket baru dengan bar kod. Lepas tu baru boleh lepas gate balai berlepas. 


TBS - yang best
  • Soal makan jangan risau kat TBS sebab ada banyak kedai makan seperti KFC, Fuel Shack, kedai roti, 7Eleven, bazar makanan, kopitiam & bersepah lagi kedai kat food court.
  • Size TBS sangat besar & aicond pun sejuk. Agak selesa nak tunggu bas & seat menunggu pun banyak di aras bawah serta atas.
  • Free wifi! - ada TBShotspot satu terminal bas ini. So tak boring sangat waktu menunggu bas & menunggu mak ayah datang ambil. No password di perlukan.
  • Plug untuk cas bateri secara percuma. Port pun banyak tapi siapa cepat dia dapat la.


TBS - yang tak best
  • Tak ada lasgi sesi melambai-lambai. Jika sebelum ni lepas naik bas, BBL akan lambai-lambai tangan ke kawan kat tingkap bas tapi di TBS hanya penumpang dengan tiket sah sahaja boleh turun ke balai berlepas. So, lost contact di pintu balai berlepas kecuali dengan kebenaran polis bantuan. Mungkin warga emas boleh la mintak pelepasan nak teman. 
  • Sebelum ni jarak dari Damansara ke Hentian Putra dekat je sebeb BBL biasa naik KTM dari Kepong Sentral ke KTM Putra tapi sejak Hentian Putra dah tutup terpaksa BBL turun stesebnSalak Selatan. Agak jauh jika dari Sentul, Damansara & area KL. 


Itu sahaja pengalaman BBL kat TBS. Next trip ke KL kena turun lagi TBS.

Jangan lupa baca entri - Cara nak ke TBS 

BBL ~ rindu nak naik bas di hentian putra
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

33 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Dekat TBS ni yang best boleh fefeeling naik kapal terbang. Kakakakaka. :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bangunan baru siap cantik la, tapi kalu tak pandai jaga silap2 jadi macam pudu lama pulak

      Delete
  3. alhamdulillah..kemudahan awam dah selesa, pandai2 la memanfaatkan dan jaga lekklok plak kita sbg pengguna kannn

    ReplyDelete
  4. TBS best gila..takda nak naik bas pun boleh dok lepak sane..huhu..dekat ngan umah ayah :)

    ReplyDelete
  5. blm pernah gi lagi . klu tgk gambar tu nampak sgt best . zmn sis dulu ada puduraya jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la pergi jalan2 kat TBS ni.. besar & selamat sikit dari Puduraya

      Delete
  6. Sangat suka TBS sebab very convenient.. Paling best banyak tempat duduk & ramai orang.. so tak takut kalau bas tengah malam pon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, siap ada kaunter balai polis lagi. Polis bantuan pun merata tempat

      Delete
  7. pernah naik bas dari TBS ke melaka, tempat dia mcm kat airport dah

    ReplyDelete
  8. besarnya terminal..lama dah xnaik bas skg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat besar, hub terminal bas ke selatan & pantai timur

      Delete
  9. ana x pnh lg ke TBS ni. Pudu pon x pnh. sobss sobss =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalu nak ke pulau Terengganu dengan bas, kena naik kat sini

      Delete
  10. Scary nak naik kat situ. Pasai apa pun xtahu. Hha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah selamat nak naik bas cuma jangan pergi sorang2 sudah, lebih baik berteman

      Delete
  11. Salam...nak Tanya...banyak tak pilihan bas dr tbs untuk ke Kelantan? Dan nanti, kalau turun di kb..turun di mana ye? Stesen bas baru atau di bandar kb? Tq ye..plez2..help me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. ada banyak bas ke kelantan contohnya tranasional, sani express, mutiara, perdana, darul naim. Rasanya kalu tranasional turun di bandar kb. Bas lain rasanya di stesen bas baru. Atau lebih baik tanya kaunter semasa beli tiket di tbs

      Delete
  12. Brape jam ye dr tbs ke kb klu xjem lh??sbb nk naik bus mlm dr takut plak smpai awl2 pg sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ke KB biasanya pukul 5 pagi atau 6 pagi dah sampai KB. Cuba beli tiket bertolak selewat yang mungkin kalu risau sampai awal di KB, contoh beli tiket bus bertolak dari TBS jam 11 malam.

      Delete
  13. Nak tanya boleh takk? kat kaunter penukaran tiket kan, diorang nak tengok ic tak waktu tukar tiket tu? ke sp2 je boleh tukarkan untuk kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dorang mintak ic, tapi bila dah banyak kali naik bas kat tbs just pergi tukar je tiket tu. Mungkin 1st dia mintak ic tuk pendaftaran. Sapa2 boleh tukar, Tak jadi prob rasanya cuma nanti nak check in jadi pelik bila nama kat tiket perempuan tapi yg naik bus tu lelaki. Mungkin jadi isu kejap

      Delete
  14. Hai . nk tanya . bas paling lewat ke kelantan jam berape ye? n mcmne nk bli tiket bas online kalau nk naik dkt tbs ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Tak sure bas paling lewat pukul berapa. Biasanya bas ke pantai timur bertolak pukul 9.30 malam, 10 malam. Pukul 10.30 malam tak sure ada atau tak.
      Boleh try google tbs.com.my atau search ticket bas online

      Delete
    2. Hai awak. Tak sure bas paling lewat pukul berapa. Biasanya bas ke pantai timur bertolak pukul 9.30 malam, 10 malam. Pukul 10.30 malam tak sure ada atau tak.
      Boleh try google tbs.com.my atau search ticket bas online

      Delete
  15. yg tak best tu takleh lambai2 hahaha sedih yakmat ........

    ReplyDelete
  16. Hi, nak tanya ni.

    Saya ni tak pernah langsung naik bus. Agak nervous sebenarnya sampai google haha.
    Tapi saya tak faham part kalau dah beli tiket pergi balik, kena tukar tiket tu ke kaunter penukaran tiket? Kenapa kena tukar? (maaf nampak mcm noob)

    And lagi satu, balai ketibaan tu means tempat kita tunggu bus lah kan?

    ReplyDelete