Doa Untuk Air Asia QZ8501

9:17 AM


Assalamualaikum & hello there,

Pagi tadi buka facebook, terbaca classmate update status ni.


Scroll bawah sikit tengok Izzati Hazrul update status


Terus cepat-cepat buka fan page siakap keli, rupanya pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang dari radar. Ya Allah, tersentuh hati kejap teringat insiden MH 17 & MH 370. Dalam kepala terlintas pulak si housemate kija steward, bila call je terus dia angkat cakap "ye, saya selamat kat rumah ni & bukan kerja dengan AirAsia". Yelah, kita ni fobia dengar pesawat hilang sejak kes Malaysia Airlines tu.

Petikan dari portal berita online.

Pesawat Airbus A320-200 (nombor siri PK-AXC) yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7:24 pagi tadi. Penerbangan QZ 8501 membawa 145 penumpang termasuk 7 orang anak kapal terputus hubungan ketika terbang di ruangan udara Indonesia. Seramai 149 penumpang & anak kapal adalah berwarganegara Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 dari Britain & 1 dari Malaysia. Pesawat A320-200 ini sudah beroperasi sejak 2008. Ini gambar model pesawat PK-AXC yang terputus hubungan dengan menara kawalan.



Apa pun BBL berdoa semuanya selamat. Amin Amin.

BBL ~ #DoaUntukPantaiTimur & #DoaUntukAirAsiaQZ8501
.....

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL