Review The Hunger Games: Monkingjay Part 1

12:27 AM

Assalamualaikum & hello there,


Habis je movie The Penguins of Madagascar, BBL sambung movie marathon The Hunger Games: Monkingjay Part 1. Cerita ni sambungan dari The Hunger Games: Catching Fire tahun lepas. Okay korang peminat movie fancies The Hunger Games memang haruslah tengok part 1 ni, nanti tak lah bingung bila tengok part 2 - release November 2015 (lama gila nak tunggu kan). 



Sinopsis  The Hunger Games: Monkingjay Part 1

Dalam The Hunger Games: Catching Fire, endingnya Katniss Everdeen berjaya memusnahkan arena  simulator 75th Hunger Games. Kemudian Katniss Everdeen, Victors Beetee & Finnick diselamatkan & dibawa ke District 13. Kat sini tempat tersembunyi pengkalan bawah tanah District 13 di bawah runtuhan Districk 13. Kat sini jugak Katniss berjumpa kembali mak & adiknya , Prim. Lepas tu Katniss berjumpa dengan Presiden Alma Coin, ketua pemberontak (the rebel leader) tentang tawaran untuk mencetuskan pemberontakan & mogok terhadap Capitol dengan menjadi 'Monkingjay' - simbol rebellion tapi Katniss tolak tawaran tu. Tak lama lepas tu Plutarch Heavensbee, former Gamesamker bagi nasihat supaya terima tawaran menjadi 'Monkingjay'& membawa Kitniss ke kawasan Districk 12 yang totally hancur di bom oleh Capitol. Tambah lagi Peete dipergunakan oleh stesen televisyen Capitol untuk memadam aura pemberotakkan kalangan penduduk District akhirnya Katniss bersetuju menjadi 'Monkingjay'. - siapa tak sayang bf kan..



Lepas tu bermula 'perang video' Katniss melawan propaganda Presiden Snow. Well, Katniss sangat dihormati oleh penduduk District lain sehingga mereka sanggup berjuang atas dasar kebebasan dari Capitol. Part paling best bila strikers District 7 mengebom empangan hidroelekrik Capitol sambil nyanyi lagu 'The Tree Hanging'.  Untuk melemahkan semangat Katniss, Presiden Snow memperguna Peete sebagai orang tengah agar Katniss berhenti melawan Capitol. Hingglah last video conference, Peete memberi amaran kepada Katniss supaya lari selamatkan diri kerana Capitol sedang menghantar skuad untuk memusnahkan District 13 - kat sini baru start action ye.




Semasa otw nak buat video memaklumkan Presiden Snow tentang mereka di District 13 masih hidup & selamat dari serangan bom Capitol, Katniss telah merima bunga ros putih dari Presiden Snow sebagai simbol mengejek Katniss & menggangap itu sebagai amaran untuk membunuh Peete, kekasih Katniss. Seperti mana Peete memberi amaran peluang untuk selamatkan dia dalam masa 8 minit, Coin telah mengeluarkan skuad elite demi menyelamatkan Peete. Akhirnya Gele, Johana Mason & Annie Cresta berjaya menyelamatkan Peete. Berita baik buat Katniss sebab dia memang rindu giler nak jumpa Peete tapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri buat Katniss bila Peete menyerang & ingin membunuh Katniss. 


Semasa di Capitol, Presiden Snow dah  brainwash Peete supaya membunuh Katniss.  Wahoo what a bad news bila otak bf dah kena racun oleh Presiden Snow.Yang peliknya, time skuad elite nak selamatkan Peete actually dorang dah kantoi ceroboh sistem Capitol & totally masuk perangkap Capitol namun peliknya dorang ni di lepaskan begitu sahaja. Pelik & ada misi udang disebalik mee goreng.  End of story, presiden Distict 13 umunkan kejayaan dorang menyelamatkan Peete. Stop kat situ.


Komen BBL :

Actually starting movie agak bosan & mukadimah panjang gila. Pening kepala nak faham cerita ni tapi bila 30 minit lepas tu baru korang akan faham siapa 'Monkingjay' dalam cerita ni & kenapa Katniss jadi 'Monkingjay'. Tapi kalu tahun ni tak tengok Part 1 comfirm tahun depan tak faham apa penyebab action dalam Part 2 November 2015 nanti. Hahaha macam lah ingat sangat jalan cerita tahun ni kan. Bila tengok Part 2 tahun depan dah lupa games dalam Part 1. 

Rating BBL :




BBL ~ terima kasih Maxis untuk free movies ticket
(╯°□°)╯

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Tak sempat2 nak tgk lagi..huhu..penguin pn tgk lg jgk..hum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi nak tengok, pergi je TGV setiap hari Rabu tiket movie half price

      Delete
  2. haishh..nak tengok wayang pun tak tau bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalu tak sempat, kena download jelah..

      Delete
  3. Mmg tertunggu Mockingjay ni. TP tulah kena tunggu lagi setahun kot nak tunggu yg part 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sama kes gamefire pun keluar November tahun lepas, tahun ni baru keluar Part 1..

      Delete
  4. aku start part 1 , memang tak layan movie nie. hahaha.. best eh? kena cari nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi kena perah otak sikit nak faham plot movie ni

      Delete
  5. dah tengok.. boleh tahan la... tapi agak boring sikit.. xpe, kita tengok part 2 nnti macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 2 hujung tahun depan..lama tu nak tunggu

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL