Menu Mak Untuk Hidangan Pagi Raya Aidil Fitri
12:59 AM
Assalamualaikum & hello there,
3 hari sebelum hari
Raya Aidil Fitri, soalan paling kami adik beradik tunggu mestilah menu pagi
syawal nanti. Biasanya mak akan tanya anak-anaknya menu apa akan dihidangkan
untuk raya. Terus semua pakat sebut bermacam jenis masakan hari raya tapi bila
angah sebut lontong tanpa bantahan lain terus setuju. Lontong raya adalah menu
paling istimewa keluarga kami. Setahun sekali je boleh makan lontong air tangan
ibu tersayang.
Proses nak memasak
lontong bukan susah sangat tambah lagi bila buat bergotong royong ahli
keluarga. Sambil tolong akak pasang langsir raya, sesekali terbau kuah lontong
tengah mendidih atas dapur. Tak tunggu lama terus berlari turun dapur tanya
lontong dah siap ke belom. Bertambah meriah suasana dapur bila jiran sebelah
bertandang ke rumah hantar ketupat.
Bagi kami
sekeluarga, menikmati hidangan lontong mak di malam raya adalah satu anugerah.
Kadang-kadang kakak usik jiran sebelah tengah makan lontong, habis melatah si
kawan tu. Terbahak-bahak semua ketawa. Suasana tu bertambah indah bila dengar sayu-sayu
suara pak iman & ahli masjid bertakbir malam raya.
Kini, bila dah
kerja kat Kuala Lumpur ni susah la nak rasa kembali lontong raya mak. Malam
raya pun kena kerja lagi. Yang kerja pada hari raya atau tidak dapat cuti raya
mesti rindu nak makan lontong pagi syawal kan.
Terbaru, Mamee Chef
kini membawa kembali nostalgia makan lontong bersama ahli keluarga dengan
perisa terbaru #MameeChefLontong.
Sekurangnya terubat rindu pada mak kan. Istimewa
buah tangan terbaru Mamee bersama Chef Ismail dengan kombinasi ramuan terpilih
yang menyamai resepi turun termurun.
#MameeChefLontong terbaru ini
didatangkan dengan paste istimewa menjadikan rasanya sama seperti lontong
sebenar. Wow sedapnya! Resepi dari Chef Ismail kan. Kalu korang nak tahu,
setiap pek #MameeChefLontong
ada perencah lengkap menjadikan lontong lagi sedap selain mee yang diperbuat
mengunakan teknologi Mi Tarik. Kenyal habis! Tu yang seronok sedut mee Mamee
Chef ni.
BBL dah cuba,
rasanya seperti menghirup lontong sebenar. Sedap, kenyal, berkuah & paling
penting habis tanpa sedar. Itu pun masak dengan bahan-bahan tersedia dalam pek
Mamee Chef. Lagi sedap kalu tambah telur rebus, udang, sayur kacang atau
pegedil. Fuh sedapnya.
Selain tu, #MameeChefLontong boleh
di makan dengan pelbagai resepi lain seperti #MameeChefLontong Sambal Sotong, #MameeChefLontong Kuah
Kacang & #MameeChefLontong Sambal Goreng Jawa.
Sungguh enak, lagi mudah nak buat. Cuma menggunakan #MameeChefLontong sahaja terus berselera
hasilnya. Menarik bukan?
Untuk resepi #MameeChefLontong yang lain, tambah LIKE korang di
Mamee Chef Facebook Page :
BBL ~ nyum nyum!
o( ̄ρ ̄)o
- 48 Hours Sponsored Post -
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
11 Budak Suka Minum Bandung Laici
Wah, ada menu terbarulah! kena cepat-cepat rasa ni. Betul ke rasanya sama macam yang asli?
ReplyDeleteyup flavour baru, lagi sedap
Deletewaaawwaaaawaaa... bulan poser baca nih! sabar yolah.
ReplyDeleteMacam best jer... later nak beli lah
cubalah rasa, sedap rasa macam lontong betul
DeleteMesti sedap kan?
ReplyDeletehigh command untuk try makan
DeleteMamee Chef memang best, banyak kali dah beli, tapi belum rasa lagi yang perisa Lontong ni ...
ReplyDeleterasa mee sedap & kenyang kan
DeleteWah sponsor post laaaaaaaaa. mlm td baru call tanya mak nak buat apa hari raya nanti. huhu
ReplyDeletenak beraya rumah tahun ni la
Deletelama gila x makan instant mee.. unik kan tetiba ada rasa lontong..
ReplyDeletedahla lontong tu fev.. hehee.. nnt nk cari cuba..