Jom Jalan-Jalan Langkawi : Nikmati Pemandangan 360° Di Sky Tour Langkawi

3:04 AM


Assalamualaikum & hello there,

Satu tarikan terbaru di Pulau Langkawi ialah Sky Tour Langkawi yang terletak di jeti feri Pekan Kuah. Pengalaman menaiki belon helium di ketinggian lebih kurang 500 kaki pastinya kenangan unik BBL lalui di Pulau Langkawi. 



High commanded korang untuk try Sky Tour jika dah jekak kaki di pulau mahsuri. Yang menariknya, korang boleh berselfie dengan pemandangan 360° jeti Langkawi & Dataran Helang selain panorama cukup indah sunset. Tak menyesal naik belon helium ni. 

Sebelum ini Sky Tour sangat popular di bandar New York, Paris & Dubai tapi kini LCXD berada di Pulau Langkawi untuk memberi peluang rakyat Malaysia menikmati eagle view dengan menaiki helium belon ini. Ini adalah harga tiket promosi terkini (Jun 2015)


Harga Tiket Sky Tour Langkawi

Dewasa MyKad: RM 58 RM 29
Kanak-kanak MyKid  : RM 50 RM 25

Waktu operasi : 10 pagi hingga 12 tengahmalam setiap hari


Belon ini boleh memuatkan sehingga 20 orang satu masa tapi agak sempit kalu ramai-ramai. Hari tu BBL naik 6 orang saja, bebas nak bergerak sikit. Jangan bimbang kerana sebelum naik, korang akan dipakaikan set suite keselamatan untuk mengelakkan terjatuh atau gayat.



Wallah ini antara view dari helium bellon Sky Tour Langkawi. Ohsome kan!


Selain tu, tapak LCXD  bertukar menjadi LED Lounge pada waktu malam. Set tempat duduk akan bertukar warna warni sambil korang boleh makan makan. Best light ever. Terasa macam duduk atas iglu. Lagi cantik jika naik hellium belon waktu malam, terus nampak berkelip-kelip kerusi meja kat bawah.



Dinasour 3D pun tak kurang hebatnya, hanya scan gambar di sediakan & korang boleh tengok dinasour 3D seolah-olah bergerak dalam telefon. Seriuz sangat comel tapi BBL tak buat pun sebab penat berjalan. Hahaha


Peta Lokasi Sky Tour Langkawi



Untuk maklumat lanjut mengenai Sky Tour Langkawi sila layari laman 



Nak ke Langkawi? Tempah hotel anda sekarang di Agoda.com untuk penjimatan terhebat & nilai hotel terbaik



BBL ~ tetiba rindu Langkawi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. singgah sini ! bestnya langkawi. ada mcm2 aktiviti kt sana.
    jgn lupa check link penyertaan. tq sudi join. #followers 753

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAM..RAJIN UPDATE BLOG YE :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam jugak, entri yang baik kita share..

      Delete
  3. ooh baru tahu ada mende nie di Langkawi.. haha.. boleh try nih

    ReplyDelete
  4. Uishh benda baru ni kat Langkawi, tak tahu pun ada .. terima kasih sbb ceritakan benda ni dalam blog .. nanti kalau pegi Langkawi lagi, nak trylah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 lagi pun next time nak datang lagi Langkawi

      Delete