Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, July 25, 2015

#MovieReview - Marvel Ant-Man



Assalamualaikum & hello there,

Dari hujung bulan Ramadhan nak tengok movie Ant-Man ni tapi sebab sibuk beli karpet, meja makan raya, langsir raya punya pasal terpaksa hold dulu. Last week pun full-house tiap-tiap malam hingga la hari ni baru kurang sikit orang. 

First time dengar Ant-Man keluaran Marvel ni. Oh maaf BBL tak follow sangat komik Marvel ni. Kalu setakat anak beranak Avengers lain kenal la. Tengok trailer YouTube pun agak so so la tapi lets chek out #MoviReview kali ini.

Trailler Marvel Ant-Man



Sinopsis Marvel Ant-Man

Kisah mengenai sainstis (Hank Pym) yang berjaya menghasilkan serum membolehkan tubuh manusia/benda mengecil seperti semut. Namun Darren Cross, anak didik Dr.Hank cuba meniru formula tu sejak 1989 namun tidak berjaya. Seteleh berpuluh ujian akhirnya Darren berjaya dengan formula mengecil & memperkenalkan sut YellowJacket. Dia semakin angkuh dengan kejayaan ekperimennya. Bimbang formula Ant-Man menjadi milik musuh, Dr.Pym melatih Scott Lang, seorang banduan insaf yang mahir mencuri untuk mengagalkan misi Darren. Mulanya Scott tidak mahu menjadi Ant-Man namun selepas 'termakan' kisah lampu Dr.Pym akhirnya dia setuju demi menebus kesalahan lama selain ingin bersama kembali dengan anak kandungnya. Dalam masa sama, Hope Van Pym, anak perempuan Dr.Pym sangat cemburu kerana tidak dipilih oleh ayahnya untuk menjadi Ant-Man tapi memilih orang luar, Scott untuk memakai sut Ant-Man dalam misi itu. 

Komen BBL

Super fantastik! Tak imagine pun hero boleh jadi sekecil semut siap boleh berkomunikasi. Walaupun kecil tapi boleh fight manusia hingga tumbang ya. Itu pun siap ada scene fight dengan hero Avengers (lupa nama) semata-mata nak curi cip untuk misi mengagalkan eksperimen YellowJacket. Movie ini agak simple cume starting je mungkin pening nak faham apa jalan cerita Ant-Man ni. Movie pun balance dengan aksi, fiksyen sains & lawak kawan-kawan Scott. Tetiba rasa nak jugak jadi kecik la. Oh btw ada scene istimewa akhir bila dah tamat. Kena tunggu kejap baru ada. Special for ladies ya.

Rating BBL 


BBL ~ me me me
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

5 comments:

  1. bestnya dah tengok!
    Ada peluang kena tengok jugak ni...
    :)

    ReplyDelete
  2. Macam best je cerita ni, kena tengok ni

    ReplyDelete
  3. hehehe peminat gak film marvel tp yang ni dok tngk lagi..
    xde geng.. tunggu kuar dload je la =P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...