Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, August 25, 2015

#MovieReview - Hitman: Agent 47


Assalamualaikum & hello there,


Semalam BBL ke Pavilion KL nak redeem voucher Gold Class (entri akan datang), planing nak tengok Disney Pixar : Inside Out tapi kecewa amat sangat bila movie hits sahaja ditayangkan dalam Gold Class. Its bad thing bila tak banyak choice nak tengok movie. Nak atau tidak, terpaksa jelah choose Hitman: Agent 47 - tak tengok trailer pun.

Hitman: Agent 47 Trailer



Sinopsis Hitman: Agent 47 

Movie ni diadaptasi dari game Hitman: Agent 47. Seorang sainstis. Dr.Delriego telah berjaya menghasilkan satu formula kejuteraan genetik seorang pembunuh upahan. Genetik yang menghilangkan perasaan takut, menyesal untuk misi membunuh. Oleh sebab projek ini terlalu ekstrem kepada dunia, Dr.Delriego  membatalkan misi tersebut tetapi Le Clerq tetap mahukan formula projek tersebut untuk menghasilkan tentera demi kekayaan. 



Katia Van Dees, anak kepada Dr.Delriego dah lama menjejak seorang lelaki misteri sejak berpuluh tahun lalu tapi tidak menjumpainya. Hinggalah satu hari dia diselamatkan oleh John Smith dari dibunuh oleh Agent 47. Kononya Agent 47 nak bunuh Katia & berlakon seolah-olah membantu Katia melarikan diri dari buruan Agent 47. Sebenarnya John Smith - ejen pembunuh Le Clerq yang mahukan formula genetik untuk tentera ejen pembunuh. Akhirnya terbongkar sebenarnya John Smith berlagak baik semata-mata mahu menangkap lelaki misteri yang dicari oleh Katia iaitu ayah kandung sendiri - Dr.Delriego. Katia jugak baru tahu yang dia pun ada ciri-ciri seperti agent pembunuh. Penghujung cerita Katia dapat berjumpa dengan ayahnya di Singapura dengan bantuan Agent 47. Dalam masa sama, Agent 47 pun ada misi untuk membunuh Dr.Delriego & Katia untuk menamatkan misi gila menghasilkan Agent Pembunuh tu tetapi oleh kerana terpengaruh  dengan kata Katia bahawa walaupun Agent 47 adalah seorang pembunuh, dia tetap seorang manusia biasa yang ada naluri kasih sayang.


The end. 

Komen BBL

Weh ngeri-ngeri. Agak takut terutama scene bunuh, memang real takut tengok cara Agent 47 bergaduh dengan orang bawahan John Smith waktu misi menangkap Katia & Agent 47. Best part mesti scene waktu di Singapura. Bertuah Singapura jadi salah satu tempat kejadian Agent 47 mencari Le Clerq, free promotion sempena kemerdekaan Singapura baru-baru ni. 


Well, BBL tak expect lebih pun movie ni sebab tak tengok pun trailer Hitman: Agent 47. Itu pun terpaksa kes nak redeem voucher Gold Class dah nak expired hujung tahun ni. Baru plan nak tengok Disney Pixar: Inside Out. Apa-apa pun movie ni agak so so. Jahat kan komen ni.

Rating BBL

   

BBL ~ next review hujung minggu ini
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...