Pengalaman Tengok Wayang Di Gold Class GSC

1:51 AM


Assalamualaikum & hello there,

Hujung minggu lepas BBL pergi Pavillion KL semata-mata nak redeem voucher Gold Class GSC yang nak expired hujung tahun ni. Alang-alang ada job kat KL, terus planing nak tengok movie Disney Pixar : Inside Out - BBL finatik dengan Disney cartooon!. 

Naik monorel ke Bukit Bintang macam biasa & terus ke Pavi. Bila dah sampai area GSC hall, belok sebelah kanan nak ke tangga Cinema Hall akan nampak terus kaunter Gold Glass GSC. Waktu tu sales-girl yang jaga - melayu / indo agaknya. Paling spoil no greeting welcome. Terus la BBL tanya citer Inside Out boleh tengok tak untuk Gold Class tapi sedihnya hanya top hit movie sahaja availabe untuk gold class. Nak atau tidak terpaksa tonton Hitman: Agent 47 (#MovieReview kat sini).



Harga tiket Gold Class 2015

Harga Tiket : RM 35.88
Gold Class Privilege : RM19.81
GST Tax : RM 3.34
Ent Tax : RM 8.97
TOTAL : RM 68.00 
*Mungkin berubah dari semasa / harga berubah jika weekday



Nah, satu tiket GC harga RM68.00. Boleh movie marathon 3 cerita non-stop. Setuju tak? Tapi sekali sekala nak belanja boyfriend/girlfriend atau buat surprise kepada kawan boleh la. Cara nak booking tetap sama macam standard movie cuma setiap seat ada berdua, mean 1 row cuma ada 4 seat sahaja. Waktu nak choose seat tu cuma baru ada 5 orang je booking. Voucher dah burn, tiket dah dapat & korang dah boleh terus ke Gold Class Lounge untuk lepak tapi BBL pergi isi perut dulu. 

Dalam Gold Class Lounge ada sofa ruang menunggu, food bar & private toilet. Masuk ke Lounge terasa berada dalam spa, siap ada aroma terapi. BBL baca dalam blog cik Lily Putih cakap ada waiter akan amik order untuk guest tapi BBL punya tunggu tak ada pun. Serius dorang tak ambik port pun siapa diri anda kecuali datang baru habis shopping dengan penuh paper bag kiri-kanan, baru ada waiter datang serve menu. Oh discrimination..



Kebetulan lepas BBL duduk tetiba Dato' Siti Nurhaliza, Datuk K, anak tiri Dato CT & driver masuk.. terus tersedu kejap. Eh CT la. Memang nervous habis. Waktu Dato' CT amik order terus laju-laju BBL bangun nak mintak selfie dengan dia. Paling win, BBL tengok Hitman: Agent 47 satu hall dengan CT. Hahaha berbaloi rasanya redeem minggu lepas.



Sebelum masuk dalam hall, buat order di Food Bar. Harga pun boleh tahan murah cuma banyak variasi seperti pizza, spaghetti & kek. Order & buat payment. Nanti waiter akan hantar ke seat korang nanti. BBL order large caramel popcorn RM 8.00, 2 tin air RM 5.00 & pizza RM 13.00  = cuma RM25.00 sahaja.  

Masuk ke hall & pergi ke seat anda, jangan salah seat nanti malu. Dato' CT & Datuk K belakang seat BBL je. Kemudian baru guest lain masuk & totally fullhouse. 15 minit movie start baru waiter akan hantar makanan, popcorn & drink korang.


*susunan seat Hall Gold Class

Setiap seat ada 2 seat, tengah seat ada table comel untuk letak makanan nanti. Oh lupa, jangan segan selimutkan diri korang, confirm warm bila guna selimut tu. Sebelah kanan seat ada button untuk laras naik / turun. BBL lowerkan seat sampai lowet habis. Lebih kurang macam kerusi mengurut Ogawa tu. Kerusi pun agak besar, sangat selesa dengan size BBL yang tak berapa nak sado ni. Lolz. 


Layan movie la


Not bad jugak tengok movie dalam hall Gold Class selain korang terasa macam tonton movie dalam rumah sambil baring makan pizza & pop-corn. Fantastik experience ever! Bagi BBL, tengok movie dalam hall standard atau Gold Class sama saja. 


Sapa lagi nak ajak BBL tengok movie? 

Angkat tangan!


BBL ~ great experience
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wowwwww, patut laa harga banyak tu.. syok arr, ekslusif sangat nampak..")

    ReplyDelete
  2. Untungler...dapat wefie dengan Dato' Siti. Tapi nape BBL letak emoticon kat muka sendiri.?
    Discrimination ada di mana-mana terutamanya di Mesia hew!hew!hew!
    Wah! best jugakkan sekali sekala tengok movie kat GC

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL