Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Monday, August 31, 2015

P&G EveryDayMe : Sample Percuma Untuk Korang

Assalamualaikum & hello there,

Korang suka sample percuma tak? 
Berminat nak jadi orang pertama dalam Malaysia yang pakai/guna produk terbaru?
Suka kopun/ diskaun beli barang? 
Suka entri tips & inspirasi kehidupuan harian? 
Paling best, nak menang stok barang untuk 6 bulan?

Selamat datang ke EveryDayMe Malaysia


Apa tu EveryDayMe Malaysia?

EveryDayMe ni satu portal disediakan oleh pihak Procter & Gamble Malaysia atau P&G Malaysia. Dah banyak negara seperti Thailand, Indonesia & Singapura ada EveryDayMe oleh pihak P&G negara masing-masing cuma EveryDayMe Malaysia ni baru lagi rasanya - atau BBL terlambat? 


Kelebihan EveryDayMe Malaysia kepada saya?


Banyak sangat info menarik dalam EveryDayMe ni cuma rajin atau malas je nak baca. Sedar tidak korang mesti guna salah satu produk P&G kan? Cuba check gambar bawah ni: 



Ada? Yes! BBL memang selalu guna Downy tuk basuh baju & Oral-B tuk basuh gigi. Yang lain tu jarang beli/guna. Lagi satu, EveryDayMe ada bermacam tips best dari entri Family Life, Resepi Makanan, Kesihatan, Rumah, Kecantikan & Lifestyle. Kadang-kadang tips tu tak berkaitan dengan produk P&G pun cuma berguna untuk kita seperti tips kemas rumah, cuci lantai & resepi. 

Tapi BBL paling suka EveryDayMe mesti sample PERCUMA. Setiap bulan, EveryDayMe akan hantar email kepada kita tentang pemberian sample percuma. Kalu berminat, buka EveryDayMe & isi form untuk free sample. Setakat ni BBL dah terima dua sample percuma Downy Timeless & Pantene Pro-V AquaPure. 


Jika korang rajin, EveryDayMe ada buat contest buat review produk & boleh menang stok 6 bulan! Best kan? Tulis je apa korang rasa menarik/berguna tentang produk tersebut & kalu ada rezeki boleh menang stok 6 bulan.


Cara nak daftar EveryDayMe

Senang sangat caranya. Klik link ini 


1. Link sahaja dengan Facebook ATAU

2. Isi form dengan email & password

Yang lain isi maklumat macam biasa terutama bahagian alamat surat menyurat untuk proses penghantaran sample.


Ini 2 sample BBL dah dapat bulan lepas & bulan ini. Dua-dua tak guna lagi sebab tunggu entri review ni publish baru boleh guna. Hahaha. BBL saja je request nak sample padahal tak guna lagi sebab stok sekarang pun tak terguna lagi. Baik simpan dulu untuk urgent nanti.


BBL ~ tak salah request benda free
(⑅σ̑ᴗσ̑)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

18 comments:

  1. saya pun selalu dpt sample free dr everyday me...mmg best dpt benda free...

    ReplyDelete
  2. Macam menarik jugak ni.....benda free kan hihi....nantilah cuba register. Tq BBL for the info

    ReplyDelete
  3. ohh..kiranya BBL ni buat review produk lah eh

    ReplyDelete
  4. oppsss...terima kasih sudi singgah di blog JM

    ReplyDelete
  5. niceee... sy guna head & shoulders tapi tak pernah tau pulak p&g punya product. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tak pernah baca instruction kat belakang botol syampo kan

      Delete
  6. maksudnya EM yg akan contact kita untuk sampel free?hehe penat saya cari kat page x jumpa jumpa freebies

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan, biasanya EM akan beritahu users mengenai pemberian sample percuma, jika berminat terus isi form request sample

      Delete
  7. sory nk tny..mcm mn nk request free sample ni..nk klik kt mn..puas cari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...