Canon EOS M10 (Review, Spesifikasi & Harga Di Malaysia)
1:19 AM
Hai
semua pembaca blog BBL. Nampaknya ada orang tengah survey kamera Canon EOS M10
nampaknya. Well pada anda yang teringin nak memiliki kamera compact mirrorless yang
mempunyai prestasi DSLR tetapi bajet kurang dari RM2k, inilah kamera sempurna
untuk anda. BBL sebagai blogger pun jatuh cinta dengan Canon EOS M10 ini.
Senang cerita kecil-kecil cili padi kuasa performance M10 sesuai untuk tugasan assignment,
blogger, vlogger atau nak pergi travel.
Spesifikasi
Canon EOS M10
↪️ 18MP
APS-C CMOS sensor
↪️ DIGIC
6 Images Processor
↪️ Skrin
3 inci touch skrin dan boleh flip untuk selfie/wefie
↪️ Full
HD 1080p Video pada kelajuan 30/24 fps
↪️ Menyokong
wi-fi connectivity untuk transfer gambar/video terus ke smartphone dengan
applikasi Canon Camera (boleh download kat gedung Google Play atau Apps Store)
↪️ Pilihan
warna : Hitam atau putih
Setiap
kotak Canon EOS M10 ini hadirnya dengan sebuah kamera M10, satu lens EF-M
15-45mm, satu bateri Lithium-Ion, satu charger bateri dan seperti biasa buku
manual tatacara pengunaan.
pandangan hadapan Canon M10
butang shutter & lens kamera
button navigasi pun sangat simple senang difahami
well skrin boleh flip & touch skrin lagi
Pengalaman
Guna Canon EOS M10
Jujurnya
memang sangat sesuai bagi mereka yang mencari kamera mirrorless. Size kamera
M10 tak lah besar dan muat tangan je. Apa BBL puas hati ialah skrin 3 inci
touch skrin boleh flip untuk selfie atau wefie. Tak susah dah nak selfie dengan
kawan korang tu. Tambah lagi mood Self Portrait untuk hasil selfie lebih kacak
katanya. Hehehe
Lens
15-44mm IS STM sebesar 18mp memberikan hasil gambar cukup cantik bila daylight.
Ah jangan risau, dengan sokongan DIGIC 6 Images Processor sangat membantu kalu
nak amik gambar lebih tajam dari segi warna, walaupun dalam keadaan
low-light seperti waktu malam atau
senja. BBL share sikit hasil gambar dari trip #TravelougeMalaysia ke Perak baru-baru
ni.
Pernah
tak alami problem bila snap gambar, tengok hasilnya blur? Well nampaknya anda
perlu berterima kasih pada M10 kerana dengan bantuan Canon Hybrid CMOS AF II
sistem autofocus ini. Ia boleh mengukur hingga 49 titik berbeza dengan pantas
sebelum focus pada gambar sebenar. Tambah lagi, face detection dan object
tracking pun membantu lebih focus subjek ingin diambil walaupun sedang
bergerak.
Tak
cukup dengan tu, Canon EOS M10 dilengkapi dengan build-in lampu flash. Manalah
tahu kalu nak ambil gambar dalam keadaan gelap waktu malam atau tak cukup
terang. Bercakap pasal kuasa bateri pulak, satu bateri bersize 875mAh boleh
tanggal. Kalau dah habis power boleh ganti bateri lain tanpa perlu tunggu cas
penuh dulu.
kedua gambar atas BBL ambil dalam mode kurang cahaya. Hasilnya pun superb!
hasil gambar pada waktu malam dengan bantuan lampu hiasan
Kini
transfer gambar pun lagi mudah dengan app Canon Camera. Just connect M10 dengan
wifi smartphone korang pada button
Wi-Fi. Boleh terus share gambar ke
Facebook atau Instagram. Mudah kan?
Harga
Canon EOS M10
Harga normal M10 ialah RM1, 999.00 tapi melalui laman Lazada ada promosi Canon M10 pada harga RM1,588.00 sahaja. Malah turut mempunyai waranti 3 tahun dari pengilang Malaysia. Boleh beli DISINI. Pastinya satu pelaburan berbaloi bagi anda.
Ikuti Canon Malaysia untuk update terkini
Colours of Lives Travelogue Malaysia dianjurkan oleh Borakkita.com, dan disokong oleh Tourism Malaysia.
Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mengiringi kami, dan juga terima kasih kepada Perodua Malaysia, Wangi World Hq, Canon Malaysia, 888tea kerana menjadi penaja kami dan mempercayai kami
0 Budak Suka Minum Bandung Laici