Memory Lane Ipoh - Pasar Dunia Antik
1:36 AM
Bertandang
ke ibu negeri Perak rasanya tak lengkap jika tidak singgah ke Memory Lane Ipoh
atau lebih familiar panggilan pasar karat. Di hari kedua #TravelogueMalaysia
yang menjelajah selatan Perak, BBL berpeluang menyusuri pasar Memory Lane
bersama bloggers lain. Pasar ini hanya dibuka pada setiap hari Ahad dari pagi
hingga tengahari. Ha datang hari lain memang melepas la.
pintu gerbang utama Memory Lane
Tidak
dinafikan BBL rasa teruja dengan barang-barang antik, klasik, pelik, aneh dan
old school yang dijual. Rata-rata peniaga pasar ini merupakan collector barang
lama dan kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini merupakan pengumpul barang
antik. Nak tambah koleksi katakan.
Ada
pelbagai jenis barang elektronik, pakaian, buku, majalah, perkakas dapur, alat
permainan, mata wang hinggalah basikal tua ada dijual. Sesetengah item masih
dalam keadaan elok dah berfungsi dengan baik. Pendek cerita anda akan terasa
tua bila melihat barang-barang yang mungkin pernah gunakan dulu seperti telefon
butterfly Nokia. Pandai-pandai survey kalu nak mencari barang anti di sini.
Selain
itu, mungkin anda perlu tawar menawar bergantung kepada jenis barang yang ingin
dibeli. Aduh rasa rindu zaman kanak-kanak bila tengok tin milo dan Sony
Walkman. Rasanya ada lagi kot kat rumah tin milo tu. Mybe dah berkarat agaknya.
Hahaha. Berjalan dalam pasar ini memang korang terleka dengan barang disusun
rapi oleh penjual. Malah ada barang antik BBL sendiri tengok depan mata seperti
duit pokok pisang yang digunakan penduduk Tanah Melayu waktu penjajahan tentera
Jepun suatu ketika dulu. Setakat tengok sample dalam buku Sejarah adalah..
terjumpa pulak basket KFC lama ni
Jadi
jangan lupa datang ke muzium percuma ini bila datang ke Ipoh nanti. Eloknya
datang awal pagi sebab pasar Memory Lane ni besar sampai boleh tersesat BBL
tempoh hari. Banyak simpang pulak tu. Siapa tahu ada barang klasik boleh anda
beli yang mengimbau kenangan masa lalu. Boleh simpan dalam almari balik rumah
nanti.
Ini dia peta lokasi andai kata korang nak singgah sini nanti
Colours of Lives Travelogue Malaysia dianjurkan oleh Borakkita.com, dan disokong oleh Tourism Malaysia.
Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mengiringi kami, dan juga terima kasih kepada Perodua Malaysia, Wangi World Hq, Canon Malaysia, 888tea kerana menjadi penaja kami dan mempercayai kami. Boleh follow hastag #TravelogueMalaysia untuk mengetahu tempat manarik kami lawati.
2 Budak Suka Minum Bandung Laici
Perak memang banyak tempat menarik. LeYa sendiri dah pergi berkali2 tapi masih belum habis kesemuanya..
ReplyDeleteHello.....
ReplyDeleteSaya tiba..ipoh. jam 11.00 pagi tadi. 21/Disember/2019