Pak Awang Mee Hailam GearBox Memang Next Level

3:24 AM

Hai anda semua. Sudah makan ke belum ni. Kalu belum makan, elok sangat baca entri ini. Mana tahu tetiba datang perasaan lapar baca post ini. 


Sebut gearbox confirm teringat sup gearbox. Eh sup gearbox tak sama gearbox kereta kancil korang. Itu mendatangkan kemudaratan kalu sedut gearbox tu. BBL sendiri sebenarnya bukan peminat setia gearbox tapi kalu orang hidang sup gearbox memang sedap sedut part tulang tu. Lagi-lagi selepas waktu hujan kan.

mampu ke BBL habiskan satu pingan ni..

Lain cerita di warung makan Pak Awang Gearbox. Orang cakap next level gearbox. Kat sini mee hailam dihidang bersama gearbox. Ha jangan terkejut jika ada pengunjung dari Singapura sanggup datang ke Pak Awang GearBox semata-mata ingin mencuba menu special ini.

harga Pak Awang mee hailam gearbox 

Siapa sangka inovasi bernas Pak Awang dan jugak pemilik kedai ini menjadi bualan mulut masyarkat tempatan hingga ramai pelanggan datang ke restorennya untuk mencuba sendiri. Sebelum ini hanya penduduk Felda di Slim River mengetahui kelainan mee hailam gearbox ini. Kemudian beliau membuka kedai di arked Mara Slim River atas permintaan ramai terutama kalangan bikers tempatan. 

pakej 2 orang makan

Hanya gearbox segar yang diperolehi mentah setiap hari oleh Pak Awang semata ingin menjaga kualiti setiap hidangan. Tak hairan Pak Awang sanggup turun hingga ke sempadan Selangor untuk mendapatkan bekalan gearbox. Datanglah singgah ke sini jika kebetulan anda berada sekitar Slim River ye.

air bandung laici..

sempat bergambar dengan Pak Awang sebelum balik

Teringin nak cuba mee hailam gearbox ni boleh datang sendiri ke Pak Awang gearbox

No HP : 013-415 4593 / 017-552 8182

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici