Saya Bagi 5 Bintang Untuk The Haven Resort Hotel Ipoh
10:59 PM
Secara
jujurnya BBL seorang yang sukakan alam semulajadi dan warna hijau daun. Tak
dinafikan negeri Perak sangat kaya dengan kehijauan hutan batu kapur. Hati
siapa tak gembira dapat menginap di The Haven Resort Hotel Ipoh – sebuah urban
exclusive resort hotel yang mempunyai view natural heaven hutan batu kapur.
Sebenarnya The Haven Resort Hotel Ipoh merupakan hartanah tiga blok apartment. Cuma 150
buah rumah suite apartment ditawarkan kepada tetamu manakala selebihnya ada
owner tersendiri. Rata-ratanya pembeli luar negara yang datang tinggal rumah
mereka dua tiga kali setahun untuk berehat.
Resort
Alam Semulajadi
Tidak
dinafikan suasana The Haven Resort sangat tenang. Pencinta alam harus check in
sini. Bagai melangkah syurga dunia
melihat tasik semulajadi di tengah hotel dan berlatar belakang hutan batu kapur
usia lebih dari 280 juta tahun. Semasa proses pembinaan, pihak resort cuba
sedaya upaya tidak merosakkan batuan kapur tersebut bagi menjaga khazanah tak
ternilai ini. Sebab itu, aktiviti firework, kayak, memancing dan berenang dalam
tasik tidak dibenarkan sama sekali. Tak hairan suite terasa sejuk hasil dari
ekosistem ini.
Okay
jom masuk bilik pulak. Selama dua hari BBL dan rakan blogger tinggal di
Executive Deluxe Suite berharga RM1 729.25 semalaman. Suite ini sangat luas
rasa seperti rumah sendiri. Lengkap dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dua
dapur (basah & kering), dining hall, dan ruang tamu bersama sofa. Cukup
sesuai kalu anda datang dengan family dan anak-anak. Living like home lah. Wifi
internet memang BBL puji sangat sebab laju. Sempat update entri blog lagi.
Bahagian
belakang ada dapur elektrik lengkap dengan peti sejuk dua pintu. Boleh la buat
sandwich untuk supper malam. Pinggan mangkuk dan peralatan coffee maker pun
tersedia. Rasa tak nak balik kl dah.
Buka
je slider bakoloni terus nampak batu kapur dan tasik air semulajadi dari hutan
berdekatan. Ini kalu bangun pagi fuh nampak kabus tebal. Rasa segar dapat hirup
oksigen segar dari balcony level 17. Seluas mata memandang boleh tengok bukit
batu kapur nun jauh dari tingkap suite. Rasa berada dalam movie Avatar pun ada.
Harga
suite The Haven Resort Hotel Ipoh
Ni
mesti tertanya berapa harga satu malam kan. Nah pilihan apartment suite yang
bersesuai dengan keperluan anda yang datang berdua atau lebih dari 4 orang.
🌟 1 Bedroom Horizon View Suite dari RM454.72
🌟 1 Bedroom Lakeview Suite dari RM570.75
🌟 2 Bedroom Horizon View dari RM761.32
🌟 1 Bedroom Lakeview Suite dari RM570.75
🌟 2 Bedroom Horizon View dari RM761.32
🌟 2+1
Bedroom Lakeview Superior Suite dari RM875.47
🌟 3
Bedroom Lakeview Executive Suite dari RM 1 140.58
🌟 3
Bedroom Lakeview Executive Deluxe Suite dari RM1 729.25
🌟 3
Bedroom Lakeview Premier Suite dari RM 1 900.94
*Harga mungkin berubah bergantung pada hujung minggu & cuti sekolah. Boleh lihat di sini untuk update terkini.
*Harga mungkin berubah bergantung pada hujung minggu & cuti sekolah. Boleh lihat di sini untuk update terkini.
1 Bedroom Horizon View Suite
🌿 Bilik jenis Run of House bersize 968ft ini dilengkapi kamar Queen, 1 bilik air, ruang tamu, dapur. Lebih kurang rumah ala studio type.
1 Bedroom Lakeview Suite
🌿 Suite 1 bilik tidur ini dilengkapi ruang tamu, dining area, balcony dan 1 bilik mandi. Perfect bagi bulan madu atau weekend gate way dua orang.
2+1 Bedroom Lakeview Superior Suite
🌿 Suite jenis ini dilengkapi 3 bilik tidur (1 King, 1 Queen dan safa bedroom). Seperti suite lain, kemudahan ruang tamu, ruang makan, dapur, bakoloni turut ada. Bezanya 2 bilik air (satu dalam master room)
3 Bedroom Lakeview Premier Suite
🌿 Bagi mereka yang datang dengan 6 orang dewasa boleh memilih menginap suite ini. Lengkap kemudahan asas plus 3 bilik tidur (1 King, 1 Queen dan 1 twin bedroom). Malah ruang tamu lebih luas untuk berehat bersama.
Setiap suite hadir bersama pakej sarapan pagi. BBL dimaklumkan chef akan ke pasar setiap pagi beli bahan segar untuk kitchen. Tambah lagi bahan perasa tidak akan digunakan dalam masakan. Parking bertingkat indoor/outdoor juga tersedia bagi kemudahan anda.
Setiap suite hadir bersama pakej sarapan pagi. BBL dimaklumkan chef akan ke pasar setiap pagi beli bahan segar untuk kitchen. Tambah lagi bahan perasa tidak akan digunakan dalam masakan. Parking bertingkat indoor/outdoor juga tersedia bagi kemudahan anda.
Cerita
pasal fasiliti pulak, paling win ialah kolam renang berbentuk kuda laut yang
terbahagi kepada tiga iaitu kolam kanak-kanak, kolam infiniti untuk orang
dewasa dan jakuzi. Dari atas memang nampak shape kuda laut tu berwarna biru
sebelah tasik.
Malah
trex jogging sepanjang 600 meter tersediakan menyusuri laluan denai hutan kalu
korang nak jogging waktu pagi atau petang. Berhadapan tasik ada yoga deck untuk
anda merasaikan ketenangan bunyi unggas alam semulajadi. Berehat kejap tengok
matahari terbenam celah blok apartment membuatkan anda terlupa tentang urusan
dunia. Jika bernasib baik, haiwan seperti burung dan monyet boleh dilihat
berhampiran tasik. Ha jangan lupa bergambar dengan dinasour t-rex.
Sebuah
clubhouse dengan kemudahan gym, restoren dan event space kat bahagian roof top.
Andai kata nak buat majlis perkahwinan atau makan malam syarikat pun tak ada
problem. Gelangang tenis dan basketball berada hadapan hotel.
Sepanjang
dua hari satu malam kat sini, memang tenang sahaja walaupun pengunjung ramai.
Sebolehnya resort memang limitkan jumlah tetamu yang datang. Itulah matlamat
utama Haven Resort Hotel, Ipoh – All Suites mahu pengunjung betul-betul berehat
dengan suasana alam semulajadi. Tengok video The Haven bawah ni & cuba bayangkan anda sedang berada di sini.
The
Haven Resort Hotel, Ipoh – All Suites
Jalan
Haven, Persiaran Lembah Perpaduan,
31150
Ipoh Perak
Tel
:
06-540
0000
Peta
lokasi The Haven
3 Budak Suka Minum Bandung Laici
The Haven memang terbaik !! Suasana yang nyaman, apartment yang sangat selesa dan luas. paling best pemandangan dia <3
ReplyDeleteOMG. Teringin nak duduk kat sini. Nampak selesa and mewah. The best part is view banjaran tu and as well as location yang berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Ipoh. Cool!
ReplyDeleteCantik tertarik kaw memang dabooommm... Hehehe.... Teringin nak menginap di sini suatu hari nanti
ReplyDelete