Jadi anak angkat FELCRA Kg Seberang Perak
11:19 PM
Siri jelajah #TravelogueMalaysia bersambung lagi ke
destinasi menarik selatan Perak. Pada hari ke tiga, kami menuju ke Kampung
Seberang Perak untuk merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat. Tak sangka
masih ada lagi bendang sawah kat negeri Perak ni. Along the way nak sampai ke
rumah family angkat rasa seronok tengok lautan padi sebelah kiri kanan jalan.
Dah la drive kereta Myvi 2018 + waktu petang, feeling balik kampung time raya
je.
Dah nama pun kawasan sawah padi memang tak sah kalu tak turun tali air. Aktiviti pertama kami selepas 5 minit sampai disini mestilah tangkap ikan. Dapat pengalaman rare menjala ikan. Boleh tahan besar ikan sepat dan haruan dalam tali air. Sayang betul musim menunai baru saja berlalu. Melepas tengok padi menguning. Baru nak acah-acah filem Bollywood kat sini.
BBL menjadi anak angkat kepada pasangan Pak Ya dan Umi Kalsum. Nama pun anak angkat, jadi kami lebih mesra memanggil mereka berdua ayah
dan emak. Ayah angkat BBL kerjanya sebagai pengurus stesen minyak Shell.
Actually ayah dah bersara tetapi dek kerana pengalamannya menguruskan stesen
tersebut lebih dari 30 tahun menyebabkan ayah dipanggil kembali untuk bekerja
dengan majikannya. Rajin ayah angkat BBL ni. Manakala emak seorang suri rumah.
Sewaktu kami berada dirumah, cuma tinggal mak dan ayah sahaja. Anak-anak mereka
seramai 4 orang sudah berumah tangga serta bekerja sekitar Lembah Klang.
hobi kumpul figure basikal oleh salah seorang penduduk disini
Tidak terhenti disitu, pemuda dan remaja FELCRA
turut mempersembahkan tarian tradisional Perak. Terpaku kejap tonton tarian
mereka. Dah la dorang baik, mesra, sopan santun malah penuh dengan adat-adat
tradisi.
Esoknya kami dibawa melihat sendiri ladang lebah
kelulut yang diusahakan oleh Wanita Dinamis FELCRA atau lebih ringkas, WADIRA. Actually malam sebelumnya BBL sakit
tekak, memang planning nak makan ubat batuk sebab tak boleh tidur lena sebab
batuk. Pagi tu ketua kampung bawa geng kami sedut sendiri madu kelulut dari
sarang. Terus baik batuk tu dapat free natural medicine. Kalu beli bukan murah
tau.
Jutaan terima kasih BBL atas memori indah sepanjang
satu hari satu malam berada di Inap Desa Seberang Perak. Rasa nak repeat lagi
datang kampung ni. Tak cukup sebenarnya setakat sehari dua sebab banyak
aktiviti boleh buat disini. Ketua kampung ajak lagi kami datang, kalu boleh
tinggal dengan mereka 4 atau 5 hari. Walaupun BBL ada kawan berasal dari
Kampung Seberang Perak, tak terlintas nak tahu betapa bestnya kampung dia.
Untung betul dia tu.
Bagi yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini,
korang boleh je datang sini. Boleh prose syarikat anda buat aktiviti jadi anak
angkat bersama FELCRA. Confirm rindu dan sedih nak balik KL.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici