Restoren Assam House Memang Terbaik lah!

6:12 AM

Bila sebut menu assam kari kepala ikan terus perut rasa lapar. Tambah lagi bila nak memikir lokasi mana nak dituju terutama bila melancong tempat orang. Well jika anda berada di Ipoh, Restoren Assam House semestinya tempat wajib anda singgah untuk menjamu selera.


Terletak di Medan Gopeng 2, restoren Assam House sangat terkenal dengan variasi menu masakan Baba Nyonya. Popularitinya tidak perlu lagi BBL cakap kerana Asam House telah acap kali menjadi singahan program tv seperti Jalan-Jalan Cari Makan TV3, 8TV, serta pilihan selebriti tempatan dan luar negara untuk menjamu masakan Baba Nyonya.


Selepas makan barulah BBL percaya kenapa Assam House sangat diminati orang ramai. Tidak hairan jika restoren Assam House cukup dikenali sebagai simply the best Asian cruise in town. Tambah lagi ia sudah beroperasi sejak tahun 1991 lagi.  Membawa tradisi masakan Baba Nyonya sebagai benchmark utama, pengasas Asam House sendiri mempunyai darah keturunan masyarakat peranakaan Baba Nyonya dan berasal dari Melaka. Sebab itulah rasa kari assam memang terasa seperti berada di Melaka Bandar Bersejarah.


Tidak setakat menu ala carte, anda juga boleh memilih pakej masakan lengkap untuk berdua hinggalah sajian family lebih sepuluh orang. Bagai orang mengantuk disorok bantal, peluang merasai sendiri air tangan masakan oleh chef memang mengujakan.


Bermula dengan pembuka selera berkhasiat Gado-Gado pastinya satu permulaan bagus sebelum menikmati makan malam. Aduh crying melihat Sambal Petai Sotong, Sambal Udang, Gui Fei Bean Curd, Chicken Fillet Malacca Style bersama Aroma White Rice. Sudah tentu Nyonya Curry Grouper Fish Head menjadi tumpuan utama meja kami. Minuman Assam House herbal tea mesti anda cuba yang hadir bersama pakej ini.

Gado-Gado

 Sambal Udang

 Nyonya Curry Grouper Fish Head


 Sambal Petai Sotong

 Gui Fei Bean Curd

 Chicken Fillet Malacca Style


Sebelum pulang, nikmati Assam House cendol pulut secara percuma untuk pemanis mulut selepas habis makan. Puas dapat makan masakan restoren Assam House Ipoh. Oh ya, tak perlu pun korang drive ke Ipoh semata untuk menikmati masakan Assam House kerana Assam House turut mempunyai cawangan di Putrajaya dan Kuantan. Anda juga perlu tahu restoren Assam House hanya beroperasi bermula jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang dan 6.00 petang hingga 11.00 malam sahaja.

bersama pemilik Assam House

Jika anda berminat untuk mengadakan sebarang majlis jamuan makan, sambutan hari lahir atau apa jua keraian di Restoren Assam  House, boleh hubungi pihak Assam House melalui saluran berikut

Alamat : No 2,  Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah
31350 Ipoh, Perak
Telefon : 05-3132 223

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici