Kampong Kacang Puteh Lubuk Kacang Murah Kat Perak!

12:06 AM

Souvenir keychain mungkin dah terlalu mainstream nak hadiahkan kepada kawan-kawan tanda kenangan pergi travel ke Perak. Tambah lagi kalu kawan tu orang Perak. Well kacang puteh satu alternative baru ole-ole dari negeri Perak.


Ni first time BBL jejak kaki ke Kampong Kacang Puteh yang sangat famous sebagai pusat borong pelbagai jenis kacang. Menurut ketua kampung di sini, asal nama kacang puteh diambil kerana dahulunya kaum india menjual kacang berwarna putih. Sudah menjadi kebiasaan pelanggan tetap memanggil kacang putih walaupun beli kacang warna lain. Lama kelamaan, nama kacang putih kekal hingga hari ini. Selain itu kudapan macam kerepek ubi dan maruku dijual sangat murah kat sini. Tak hairan la tiap kalu musim raya puasa, tahun baru cina dan cuti sekolah memang ramai orang tempatan datang beli kacang kat sini. Ada yang drive dari JB pun ada.


Salah satu kedai menjual kacang, Enak dan Ranggup sudah beroperasi perniagaan kacang sejak tahun 1949 lagi. Wow lama tu. Dulunya mereka jual kacang dengan junjung kacang dalam tray kayu atas kepala dari satu tempat ke tempat lain seperti depan sekolah, panggung wayang, stesen bas dan Bandar Ipoh lama. Kemudian tahun 1973, keluarga ini berpindah dan mengusahakan sendiri kacang di Kampung Kacang Puteh hingga hari ini.


Kalu korang nak tahu, hampir semua kacang dijual kat kedai kampung ni dibuat sendiri. Ha ada mesin khas yang boleh produces 5 6 jenis kacang. Tekan button je tunggu siap. No wonder la kacang kat sini jual murah dalam bundle. Raya nanti boleh singgah sini  beli kacang untuk hidang kepada tetamu.


Tak nak beli banyak, boleh pick up kacang yang dah bungkus kecik-kecik semurah RM3 je. Harga pun dah tentu murah sebab beli terus dari kilang kan. Memang rambang mata pilih kacang. Buat stock laci office makan time tengok youtube.


Next time jika korang ke perak, otw balik jangan lupa singgah sini beli ole-ole kacang okay. Lokasi kampung ni pun tak jauh dari stesen KTM Ipoh tu. Naik grab kejap dah sampai.

Waze: Kampung Kacang Puteh Buntong, Perak

Peta lokasi Kampong Kacang Puteh



Colours of Lives Travelogue Malaysia dianjurkan oleh Borakkita.com, dan disokong oleh Tourism Malaysia.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mengiringi kami, dan juga terima kasih kepada Perodua Malaysia, Wangi World Hq, Canon Malaysia, 888tea kerana menjadi penaja kami dan mempercayai kami

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. WoW!!! Yg ni belum pernah jejak lagi.. Menarik untuk di singgah ni.. Terima kasih Marou atas info best ni

    ReplyDelete
  2. Menarik blog anda. Kalau anda ada di Bukit Mertajam, Penang...anda juga boleh lawat kilang kami untuk beli kacang, mukuru dan kerepek ubi. Segar terus dari kilang..Ada 30+ item dijual. Online Shop untuk kacang pun ada.
    https://www.hnlproducts.com.my

    ReplyDelete